mereka yang gorgeous


Wednesday, 17 April 2013

selembut sutera (bukan mahabbah seputih sutera) :p



ehh..lamanya meninggalkan teratak saya ni tak berupdate...konon kononnya busy sangatlah kan...tapi hari ni just nak share sikit je...copy paste je dari facebook kawan..tentang orang yang berhati lembut ni..99% macam sama je dengan saya.. so, maknanya saya ni .........?? (sila isi tempat kosong..hehe)

fakta mereka yang berhati lembut :

1. Bila ada orang lain yang meninggikan suara kepada mereka, mereka akan diam. Sukar untuknya melawan. Mereka juga jarang mengumpat pasal orang yang membuli mereka. Cuma mereka akan bercerita masalah mereka kepada kawan mereka yang dipercayai sambil menangis. Tetapi tiada unsur umpat, cuma luahan perasaan. Bila dah habis bercerita , mereka akan berhenti menangis dan kembali semangat. Tapi ada jugak yang suka meluahkan melalui blog.



2. Mereka kurang pandai menyembunyikan perasaan. Bila mereka ni sedih, kita boleh nampak dari riak mukanya. Mereka sebenarnya tak nak orang tahu masalahnya, tak nak menyusahkan kawan kawannya, bagi mereka biarlan mereka selesaikan masalahnya sendiri. Tapi bukan semua masalah mereka boleh pendam sorang diri, mereka pasti akan luahkan juga pada orang yang mereka percayai.





3. Mereka adalah orang yang mudah memaafkan orang tapi tidak mudah melupakan. Hati mereka terlalu lembut kerana mereka ni sensitif. Mereka mudah menangis sorang2 dalam bilik, dalam tandas dan dalam hati. Namun mereka bukannya sensitif sampai tak nak kawan bagai, mereka sensitif dalam hati dan takkan tunjukkan pada kawan kawan mereka dan tak lama lepas tuh, mereka kembali tersenyum.





salam mahabbah..

No comments:

Post a Comment