mereka yang gorgeous


Sunday 21 October 2012

RAIN ♥ TEARS



suatu hari wanita dan lelaki berbual..dan si lelaki bertanya...

"boleh tak kalau saya nak cakap sesuatu? tapi saya takut akan buat kita bergaduh"

"apa dia? cakap je lah.."

"umm..tak apalah..mungkin lain kali..."

"tapi saya rasa awak perlu cakap sekarang.."

"ummm....."

"kenapa diam? cakaplah..."

"umm..saya tak tahu kenapa setiap kali saya sakit 'dia' akan call saya..macam dia tahu tahu je..minggu lepas saya tak sihat pun dia call saya juga..ni pun dia call saya lah ni.."

"ohh....ummm...mungkin ada 'chemistry' antara kamu berdua..kenapa tak angkat? angkatlah..kesian dia call awak tak angkat.."

"ohh..tak apa lah.."

"angkat je lah..kesian dia..."

suasana sunyi seketika......
tak lama kemudian wanita bersuara semula....

"hujan lagi..saya nak main hujan lah.."

"tak boleh..awak tak boleh main hujan.."

"awak tahu kenapa saya suka main hujan? sebab, dengan air hujan yang turun tu orang tak kan perasan yang saya sedang menangis sebenarnya..."

"awak pernah dengar lagu sebuah lagu ni? kat dalam lagu tu ada budak budak..dan ada seorang perempuan yang sedang menangis dalam hujan..seorang lelaki datang pada dia dan menegur, 'awak menangis ke?' perempuan tu menjawab, 'tak lah..saya tak menangis..kan hujan ni..' kemudian lelaki tersebut bersuara lagi, 'ya, awak sedang menangis...saya tahu..mungkin awak boleh tipu orang lain, tapi tidak saya..' awak tahu kenapa? sebab lelaki tu sukakan perempuan tu.."

wanita kemudian bermonolog di dalam hati...

'mungkin secara zahirnya lelaki tersebut tahu perempuan itu sedang menangis tetapi, dia tidak mengerti untuk apakah tangisan itu...'


pocketNOTE : saat seorang wanita mula menangisi dirimu, itu bererti kamu berjaya mencuit ke dasar hatinya...dan begitulah sebaliknya..

salam mahabbah... <3

Wednesday 17 October 2012

magis abad 21??? *__*

test..testt..ok.....
hari isnin merupakan hari yang amat saya tunggu tunggu...macam tak sabar pulak..bila nak hari isnin? bila nak hari isnin?? nak tahu kenapa?? sebab.....

hari isnin kami semua akan ke Penerbit UKM dan belajar dgn Prof K...haha.. my favourite lecturer..
mula mula saya tengok muka dia... "wahh! aku belajar dengan twin A. Samad Said ke??" hahha
but, seriously his face exactly like A. Samad Said.. (tak dapat belajar dengan A. Samad Said, dengan 'kembar' dia pun jadi lahh..heheh  >.<")

beliau ialah lecturer Antropologi kami.. ape pulak tu antropologi?? hahaha..kalau nak tahu serba sedikit tentang antropologi jemputlah tengok di sini...masa mula mula  dapat tawaran buat program Antropologi & Sosiologi ni, kepala dah pening amat,,aduyai..what type of course is this? never heard before...hahha

we have to read its preface..tapi sorang pun tak faham ..hehe


ok..ok..behave..berbalik pada topik asal...saya bukan nak membebel pengenalan pasal antropologi, tapi saya nak anda tahu yang program ni amat amatlah best dan menarik..semua benda yang kita tak tahu bakal kita ketahui..insyaallah..

btw, kami diberi tugasan untuk buat satu kajian berkenaan magic pada di abad ke-21 ni berpandukan buku di atas..mampukah kami menjana minda dan idea untuk menjadi seperti James Frazer?? haaa..persoalan menggugah minda kan??

saya dah dapat ahli kumpulan yang terdiri dari saya sendiri, cik Novy gadis borneo, mek Linda dan seorang teruna kenyalang iaitu Yus.. bincang..bincang..dan..bincang..pelbagai ide lah yang keluar..tentang saka lah, zombi lah..haha..kelakar..tapi, kemungkinan besar kata sepakat dari kami akan mengkaji tentang masyarakat Toradja di kepulauan Sulawesi, Indonesia..mengenai cara pengkebumian dalam masyarakat mereka atau dikenali sebagai "Rambu Solo".. (bersemangat kental lah kononnya nak jadi anthropologist ni.. hehe >.<")

dari apa yang saya tahu,ritual pengkebumian dalam masyarakat mereka agak unik dan aneh..jadi macam seronok je kalau dapat buat research tentang ritual pengkebumian masyarakat tersebut..google punye google..search punye search..macam macam lah yeng keluar, especially gambar gambar mereka..nak tengok tak??


ni bukan pesta perkahwinan tau, tapi pesta  penghormatan terakhir buat si mati =)


penari dan pemuzik mengiringi upacara kematian

haiwan akan dikorbankan untuk upacara "Rambu Solo"



keranda yang dipahat berbentuk haiwan berisi mayat dimasukkan ke dalam tebing gua



cara keranda dibawa naik untuk dimakamkan di dalam  tebing gua



ok...cukuplah sikit sikit je dulu sebagai pengenalan..hehe...kalau kamu semua nak tahu lebih lanjut, bolehlah jenguk jenguk dekat link link pautan saya ni,



cubalah rajin rajin kan jari untuk klik di situ ye... hehehe ^__^


pocketNOTE : i'm fallin in love in this subject..<3 teringat dulu masa baru baru dapat tawaran ni mesti orang tanya, "nanti dah keluar kerja apa?" hahhaa..sampai sekarang tak dapat nak rungkai persoalan mereka tu... ^__^'  



 salam mahabbah..
terima kasih sudi baca  ^__^ 








Monday 15 October 2012

one-time together =')

twelve cute 'little' princess enjoying their capture together <3

haha..tiba tiba je mood pagi terasa macam nak cerita cerita tentang benda lama... rasa rindu pulak pada mereka di atas tu... :')

sekarang msing masing dah bawa haluan sendiri..kan? mesti korang dengan kawan kawan yang lain pun macam tu kan? umm... ok..mood rindu + sedih pagi ni... sebab tiga malam dah kena tido sorang sorang.. rumate saya balik rumah!! wuuu.. tahulah rumah awak tu dekat cik sheemo osman oi...bila awak nak balik KKM ni?? huhu

btw, gambar ni kami ambil masa kami masih lagi bergelar pelajar sekolah?? hahaa
kat mana? di SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, Kulaijaya, Johor... ^_^

macam macam cerita kalau nak coret kat sini tentang masa lalu kami ni.. selain pelajar, kami ni pun 'budak asrama'..hahhaa (dah tua tua pun nak duduk asrama ek.. :p )

but seriously, that is the best moment i ever had and enjoyed with them.. we share the same feelings and express it among us..so..everyone should know about it! haha.. there is nothing precious to get a chance spending my life with them..

not to forget, my dearest dormmate fatin nur ain when she was in form 6 one-time before she 'left' me alone..wuuu... :'(
 *she is currently doing a course that she liked in UiTM Lendu, Melaka .. all the best dear!

still, there is someone i can't forget for the whole my life, insyaallah.. cik farah my bedmate..haha..
yet, i'm waiting for u to join me here.. gud luck in ur STPM..doing well and fine..the most important, please take good care of urself.. ok?






pocketNOTE : serious, I MISS U ALL BADLY! :')I hope, our friendship will never last until the end.. thanx for being my 'soulmate' although only for a while.. <3 <3 <3

salam mahabbah....

Sunday 14 October 2012

exam??? LARI!!!! =.='

baiklah...di facebook saya tengok makin ramai yang post pasal ;

"whoooaa... lagi 36 hari lagi STPM...prepare masih belum cpai 100%...good luck rakan2 ku yg bakal amik STPM thun akhir ni...xlupa jgk pada lower 6 yg amik 5.11.2012 ni... GOOD LUCK... :) " (maaf dik akak copy ayat kamu.. buat contoh je ^_^) 

hahahaaa.. (gelak jahat sebab dah lepas..)
kalau tak percaya cuba korang tengok kat sini..hihiih  (dengkinya...>.<")


muke "exam" korang kan..? hahaa


sebenarnya, itulah fenomena yang biasa berlaku di alam maya ni...
semua orang berhak menge'post' apa yang mereka mahu (tapi yang post bukan2 tu mohon tolong hentikan, TQ)

saya mengerti apa yang mereka rasa, dan saya memahami apa yang mereka lalui sebab diri sendiri pernah menjadi sebahagian dari mereka...   (chill adik2.. ^__^)

walau bagaimanapun ketakutan dan kebimbangan bersarang di dalam hati, jengan sesekali membenarkan 'ia' menguasai diri.. (secebis ingatan..^.^)

mungkin ada yang seperti saya dulu,menjadikan STPM sebagai tapak permulaan setelah kejatuhan empayar kegemilangan di sekolah menengah.. 
yaa... saya pernah kecundang dahulu.. mengapa? atas kealpaan diri sendiri.. =.="

baiklah, sementara masih ada masa selama lebih kurang sebulan ni, korang tingkatkanlah fungsi 'jentera' peperiksaan korang...jangan sia2kan masa yang ada..korang kena tahu, kat mana 'goal' korang dan bukan tu saja, korang kena tahu macamane nak membolosi gawang tu sendiri..



multiple choices grade...CHOOSE which will be yours..


dan paling penting, jangan 'stress' kan minda korang dengan exam ni...satu hal yang memang akan korang cakap lebih kurang mcm ni, 

"aduhh...STPM dah dekat..tapi satu hape pun aku tak habis study lagi....mcamane ni??"

kan?? haha...
lupakan orang orang sekeliling (yang leka) sebentar untuk kejayaan diri sendiri..insyaallah..
korang sebenarnya masih sempat lagi, jangan terlalu paranoid sangat dengan cakap cakap orang,

"isshh...sebulan je lagi..mane sempat nak study ape pun.."

abaikan je ayat diorang tu..percayalah,
MASIH ADA KESEMPATAN JIKA BERMULA DI SAAT INI!

tapi, kalau korang keep 'posting' benda yang sama je tanpa apa apa TINDAKAN, korang sendiri mesti tahu kan apakah kesudahannya??  sooo,,,, orang jawe selalu kata,

"BETTER LATE THAN NEVER"  ^_^





pocketNOTE : kejayaan dalam diri setiap orang adalah berbeza mengikut tafsiran masing masing..tapi apa apa pun, jangan cuba untuk leka dalam saat yang genting ni.. <3
terima kasih sudi baca,
salam mahabbah...




Thursday 4 October 2012

PANTUN MENYINTUN

pantun..pantun..cintan dan cintun.....
saya yakin dan pasti ramai antara kita semua masih lagi 
meraba raba tentang keindahan seni berbahasa yang terkandung dalam
BAHASA MELAYU kita...

menjalar semut di atas titi,
hendak bersarang di sebelah sana,
senyum manis seribu seri,
hilang segala gundah gulana.



dan...saya tahu 'anda' jua begitu...
saya mahu 'anda' tahu bahawa keindahan bicara itu terletak pada
bahasa yang digunakan...

saya juga anak JOHOR 


buku inilah yang saya baca dan berjaya menggamit naluri...

so....
sebagai penghargaan saya nak publish sikit pantun pantun yang terdapat dalam buku ni..
amat menarik..dan rugi jika anda PEMINAT karya sastera tetapi anda terlepas pandang akan karya ini.. ^__^



molek terukir si labu sayung,
diisi air menjadi sejuk,
kita rindu tidak tertanggung,
bagai tak sanggup menunggu esok.

terang kamar dinyala pelita
pelita datang dari Sailan,
andai tuan kasihkan kita,
walau sekejap dilupa jangan.

lukajari tertusuk  sembilu,
pedih ngilu tidak tertahan,
berat sungguh dugaan merindu,
bagai nyawa bercera badan.

lama berlayar tak jumpa tepi,
akhirnya lelah bertemu daratan,
kalau mahir menjadi isteri,
tak suami jauh dari Tuhan.


♥ pocketNOTE : pantun ni untuk kamu..ada kiasan disebalik kata..harap kamu mengerti.. ^_^

♥ terima kasih sudi baca