mereka yang gorgeous


Monday 14 January 2013

diet comel untuk keluarga sihat?


salam sayang semua!! dalam merancang untuk mendirikan rumahtangga, bukan je persiapan untuk hari perkahwinan je perlu ditumpukan tetapi ada yang lebih penting dari itu selain rasa kesediaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami atau isteri..kalau orang tua kata,

"nak tambat hati suami, kenalah pikat perutnya dulu"

okehh...maksudnya kat sini, si isteri tu kenalah pandai masak blablabla...tak kan hari hari suami tu kena makan lauk telur dgn kicap (kecuali suami anda hantu kicap) tak pun meggi kari berapi..ye dop??  sesekali nak lah jugak dia merasa isteri kesayangan tu masak sesedap...

namun, saya nak tolong betulkan sikit kat sini mengenai frasa di atas tu..maaf ye nenek nenek sekalian (kalau ada baca) sebab cucu ni ingkar sikit je cakap nenek.. :p  memang betul lah perempuan kena pandai masak, tapi korang pun harus tahu bagaimana nak menguruskan diet sihat untuk keluarga...kan?? tak kan hari hari main hentam masak lemak je..lelama 'naik lemak' lah suami korang tu..hahahaa (oppss..terketawa jahat)






antara cara cara untuk memastikan masakan korang tu tergolong dalam golongan makanan sihat ialah ;

1. kurangkan penggunaan lemak dalam masakan seperti goreng gorengan..pilih makanan rendah
    kolesterol

2. kurangkan penggunaan garam dalam masakan..ambil dalam kadar sederhana je..okehh?? tak pun cuba
    pelbagaikan, macam letak sos sikit ke, kicap soya ke..

3. hadkan penggunaan bahan perasa tambahan..dan kalau boleh elakkan tabur garam masa hidang
    makanan..

4. asingkan penyediaan minuman bergula dengan susu rendah lemak... 

5. elakkan makan nasi atau hidangan sambil minum teh tarik sebab nanti ia akan membantutkan
    pembentukan haemoglobin (sel darah merah) (selama ni selalu buat..haha)



dah bacakan..haa..ni je lah tips seringkas ringkas tips di alam fana ini...mudah je..korang nak masak ape pun korang masaklah yang penting kandungan nutrien dalam masakan tu perlulah mencukupi untuk keperluan badan...jangan lebih jangan kurang..bak kata iwan dangdut (sekarang dah tak dangdut lagi) "yang sedang sedang saja"...hehe


haa..kan boleh ambik gambar cecomel sesama kalau dua dua sihat.. :p



*cik mahabbah belum kahwin 
lagi okeh..sesaje je nak share..
sebagai persediaan..hahaha :p*


**next entry pasal menu sihat pulak ehh..insha Allah.. ^__^


salam mahabbah

Sunday 13 January 2013

rajuk rajuk lelaki


holalaa...saya sangat yakin korang mesti pernah lalui situasi di mana lelaki merajuk..tak kiralah kawan ke, boifren ke, tunang ke atau pun suami..dan agak pening untuk korang (termasuk saya) yang bergelar wanita ni nak memujuk..betul tak?? sila lah "iya" kan..

selalunya, bila lelaki merajuk diorang akan buat perkara perkara macam ni;

* senyap je dengan kita..tak nak bercakap..kalau bercakap pun mungkin sepatah dua je lah...

* buat buat tak layan atau tak faham..kalau yang ada henpon canggih manggih tu, nanti mesti dia layan
   henpon dia je..kita ni? buat lah muka muncung sedepa ke, sedih ala ala cinderella ke, haruslah dia tak
   layan...

* ni lagi satu, kalau kita call dia tak nak angkat..haa..tanda merajuk lah tu..nanti kalau tanya, alasan dia
   tak dengar sebab tidur..padahal memang tak nak angkat..uwaaa!!

* mesej yang tak berbalas...hantar lah berpuluh mesej pun..kalau dia dah merajuk tu jangan harap nak
   dibalasnya..dan perempuan ni pun mulalah rasa hiba hati...nak nak kalau isteri kan..:'(





dan wanita pulak bila lelaki merajuk mereka jadi seperti ni;

 merajuk balik..haa..yang ni memang selalu berlaku..tapi sedarlah wahai wanita wanita di luar sana
   senjata mu itu tidaklah seampuh mana untuk melawan rajuk mereka..last last kita jugak pujuk mereka
   balik..betul tak?? :p

 senyap dan diam tanpa kata..terkelu lidah untuk mengeluarkan kata..bukan sebab tak nak pujuk, tapi
   tak tahu cara untuk memujuk dengan berkesan..bagaimana ye??

 call dan mesej bebanyak banyak dengan harapan ada respon..tapi hampehh..takda satu pun respon...
   alahai sedihnya hati... :'(

 mula fikir bukan bukan..macam macam fantasi lah yang keluar dari minda utopia ni..nak nak lagi duk
   layan cerita cerita or novel sesedih..memang menjadi jadilah tu..lagu pun jadi..

 menggelabah tak tentu pasal..kalau dah sayang sangat, memang menggelabah jadinya kaum perempuan
   ni..jadi, encik encik di luar sana, mohon lah jangan perlakukan kami dengan sedemikian.. :'(
   kadang kadang sampai satu tahap ni perempuan boleh jadi nekad sesangat..



dan dalam menggoogle google dengan pak cik google terjumpa pula gambar ini, (really mean it)




dan terimalah buah tangan dari saya untuk awak Mr. A..maaf sebab saya tak pandai memujuk..





salam mahabbah...

Saturday 12 January 2013

Akukah janda itu??


korang mesti pernah dengar kan pasal kahwin?? mestilah pernah..tengok pun pernah...dan..korang pernah terasa tak nak kahwin?? haaa..tu sememangnya ada dalam naluri manusia normal seperti saya..haha :p  okehh..kat sini bukan saya nak membebel bebel tentang perkahwinan ke ape..tapi masuk sikit bab yang sinonim (tapi wajib) dengan perkahwinan dalam adat Melayu ni...

bukan tips...bukan jugak adat yang perlu dibuat atau tak mahupun perjalanan perkahwinan...okehh..cukup intro setakat ni...secara ringkasnya saya nak share pasal hantaran dalam perkahwinan...bab ni memang semua orang sibuk bercerita...dari anak dara, ke mak mak dara hinggalah ke nenek nenek dara terutamanya..mereka amat concern tentang hantaran lebih lebih lagi kalau melibatkan ahli keluarga mereka.... sehinggakan wujudnya benda alah kat bawah ni...


korang rasa secara logiknya benda ni rasional ke?? kalau tak, tak yah kahwin..ikot taraf akademik lah kata kan.. (sungguh poyo) =.="


tu harga untuk anak dara..kalau janda kiraannya lain pulak, selalunya lebih rendah lah dari anak dara kan...sebab dah pernah jadi isteri orang lah katakan..jadi tak payah lah nak mahal mahal..tapi..korang sedar tak yang janda tu lebih bernilai dari anak dara...kenapa?? sebab janda ni lebih banyak pengalaman berbanding anak dara..selok belok rumahtangga dalam genggaman mereka (kecuali yang kahwin seminggu terus jadi janda)...setuju tak??

sebenarnya macam ni, hari tu saya ada terdengar seorang mak cik (janda) ni nak berkahwin..alhamdulillah, tumpang bahagia untuk dia...jadi, bila dah nama pun janda yang nak kahwin orang ramai lebih "ambil perhatian" melebihi perhatian anak dara yang kahwin..antara cakap cakap yang akan keluar dari mulut orang ;

1. ohh..nak kahwin dah ke si bedah tu? suami dia baru je meninggal setahun lepas..
    
    saya jawabkan : ha'ahh..nak kahwin dah..yang meninggal tu suami dia, bukan dia..jadi bolehlah 
    kalau dia nak kahwin..dalam Islam tak larang pun janda kahwin..

2. apa?? 10 ribu hantarannya?? ishh..kan janda buat apa lah nak mahal mahal macam anak dara..
    
    saya jawabkan : sesuailah tu hantarannya..mak cik bedah tu kan pandai masak, hari tu makan
    kat rumah dia, marvellous kot...rumah pun kemas je, dapur bersih..pagi pagi dah bangun..eh, 
    pukul 10 pagi dah ni..anak dara mak cik tak bangun lagi ke??

3. kalau aku lah jadi si bedah tu, tak sanggup aku nak kahwin lagi..kubur suami tu merah lagi..
    
    saya jawabkan : ohh..takpelah mak cik, dah jodoh dia..kalau mak cik nak saya boleh tolong
    carikan nanti..

4. itu pun nak buat kenduri jemput orang kampung ke? akad nikah kat masjid je dah lah..awak tu 
    kan janda...

    saya jawabkan : nanti kalau buat akad nikah je orang kata bukan bukan pulak..sedangkan yang 
    dah berisi sebelum kahwin pun majlis gilang gemilang, tak kan janda tak boleh kot? cube jumpe 
    ustaz tanya, apa hukum menguar-uarkan majlis kahwin?

5. aku dengar bakal suami bedah tu pun duda jugak..baru 4 bulan isteri dia meninggal, dah nak
    kahwin lagi..
   
    saya jawabkan : mak cik, orang lelaki ni tak kira lah tua ke muda ke mesti nak ada orang jaga 
    makan minum dia segala...anak anak dia masing masing dah berkeluarga..tinggal dia sorang kat
    rumah..bosan..


okehh..cukuplah lima benda kat atas tu..walaupun sebenarnya banyak lagi cakap cakap orang pada si janda ni..bukanlah saya ni pro-janda ke anti-anak dara..cuma, saya nak highlightkan kat sini, kalau teringin nak jaga tepi kain orang boleh, tapi janganlah ter'over' kan sangat diri tu..tak pasal pasal dapat free free je dosa kering..korang nak ke??



*bukanlah diri ni bagus sangat, tapi panas telinga jugak kalau orang buat benda baik pun nak dijadikan bahan umpatan*



"mak ayah tak pernah 
pulak tetapkan berapa 
hantaran yang perlu 
bakal suami bagi.. "
^__^


salam mahabbah

Wednesday 9 January 2013

giliran mereka ^__^

alhamdulilllah....

hari ni happy sesangat...tahu??  korang pun kena happy untuk saya..sebab saya tengah happy...haha...ada dua perkara yang buat saya happy...nak tahu apa?? continue lah baca kan...tak kan separuh jalan je...mane best...lagi pun, buat sesuatu tu jangan suka separuh separuh nanti kurang berjaya..orang tua tua yang selalu cakap macam tu...saya bertugas menyampaikan je.. :p tapi sememangnya ada jugak kebenaran dari kata kata diorang tu..kan??

okehhh..perkara pertama yang buat saya happy sesangat ialah, saya dah habis exam!!! yahooo!! dah habis exam untuk minggu ni...tinggal satu paper je lagi..hahaa..saja je nak meng'over' esaited kan diri ni...sekarang ni masa bersenang lenang laa sikit kan..kita layan muvie..hokehh..umm..Hobbit kot... ^__^

lupakan kegembiraan sementara di atas tu, kita teruskan dengan kegembiraan kedua pulak ye...tadi masa habis exam saya pergi kat Kolej Burhanudin Helmi (KBH) untuk memenuhkan perut yang tak penuh ni..makan claypot rice chicken dgn air jagung...whateverlah..yang penting sedap n nice....yummy...

sebelum sampai kat kafe tu (baru nak langkah masuk) tetibe telefon berbunyi..alahai..nak makan lah..ape ni bunyi bunyi...tengok lah nama kat skrin tu..ehh?? terkejut...mesti ada sesuatu ni...saspen + suka! sebab caller tu dah lama tak call saya...

bual...bual..dan bual...dia tanya bila saya nak balik Kulai semua semua lah dia tanya...pelik jugak..ingatkan nak ajak keluar ke ape..tapi...dia cakap saya kena kena datang rumah dia...sebab dia nak tunang??!!  wooahaha!! terkejut amat....terkedu time tu..rasa nak lompat lompat je kat foyer tu..speechless terus..haha..suka laa beb besfren nak tunang..

tapi, dia tak bagi saya bbagitahu kat sape sape..soo...tak boleh laa nak share siapakah gerangan orangnya kan?? dah janji...tapi...nanti masa "perfect E-Day" dia saya share kat korang ehh..time tu korang kenal lah siapa dia..maybe??




*maaf kawan..aku happy gila dengar berita ni..
alhamdulillah...finally after 5 years..love you babe 
♥ ♥ ♥




dan ada sorang lagi jugak nak tunang..kawan baik since kecik kecik tadika main masak masak sesama...congratz Nurul Amira Binti Parlan...aku bahagia untuk kau.. ^__^




mira dan bakal encik tunang...
amin, senior time sekolah menengah dulu dulu...
muka seri seri je kan..maklumlah hari bahagia menjelang tiba  :)




#memang kenyang makan nasi minyak kengkawan je lah dua tiga tahun ni....bbuurrpp..alhamdulillah  ^__^






salam mahabbah....


Monday 7 January 2013

MAN ♥ WOMAN



hollaa...i've read bout this once..but, i don't feel like to share it with everyone (kedekot)..but today, i got a 'sign' to post it here...  :p

dear,
Mr. A



1. MULTI-TASKING
Women - Multiple process
Womens brains designed to concentrate multiple task at a time.
Women can Watch a TV and Talk over phone and cook.
Men - Single Process
Mens brains designed to concentrate only one work at a time. Men can not watch TV and talk over the phone at the same time. they stop the TV while Talking. They can either watch TV or talk over the phone or cook.

2. LANGUAGE
Women can easily learn many languages. But can not find solutions to problems. Men can not easily learn languages, they can easily solve problems. That's why in average a 3 years old girl has three times higher vocabulary than a 3 yeard old boy.

3. ANALYTICAL SKILLS
Mens brains has a lot of space for handling the analytical process. They can analyze and find the solution for a process and design a map of a building easily. But If a complex map is viewed by women, they can not understand it. Women can not understand the details of a map easily, For them it is just a dump of lines on a paper.

4. CAR DRIVING.
While driving a car, mans analytical spaces are used in his brain. He can drive a car fastly. If he sees an object at long distance, immediately his brain classifies the object (bus or van or car) direction and speed of the object and he drives accordingly. Where woman take a long time to recognize the object direction/ speed. Mans single process mind stops the audio in the car (if any), then concentrates only on driving.

5. LYING
When men lie to women face to face, they get caught easily. Womans super natural brain observes facial expression 70%, body language 20% and words coming from the mouth 10%. Mens brain does not have this. Women easily lie to men face to face.
So guys, do not lie face to face.

6. PROBLEMS SOLVING
If a man have a lot of problems, his brain clearly classifies the problems and puts them in individual rooms in the brain and then finds the solution one by one. You can see many guys looking at the sky for a long time. If a woman has a lot of problems, her brain can not classify the problems. she wants some one to hear that. After telling everything to a person she goes happily to bed. She does not worry about the problems being solved or not.

7. WHAT THEY WANT
Men want status, success, solutions, big process, etc... But Women want relationship, friends, family, etc...

8. UNHAPPINESS
If women are unhappy with their relations, they can not concentrate on their work. If men are unhappy with their work, they can not concentrate on the relations.

9. SPEECH
Women use indirect language in speech. But Men use direct language.


10. HANDLING EMOTION
Women talk a lot without thinking. Men act a lot without thinking.





salam mahabbah ^__^

Sunday 6 January 2013

cara cari jodoh impian :p


mesti korang excited kan nak tahu macamane nak dapatkan jodoh impian korang tu..kat bawah ni saya nak share tips untuk dapatkan jodoh impian korang berdasarkan pekerjaan mereka...jemputlah baca.. ^__^



  • doktor - korang selalu selalu la pergi hospital ke, klinik ke tayang muka comel comel tu..mana tahu boleh sangkut.. 
  • peguam - selalulah pergi pejabat peguam..sebab kat situ kita boleh jumpa peguan dan cuba lah masuk jarum..gerentipeguam tu heppy... :p
  • cikgu - rajin rajin lah pergi sekolah..kalau ada adik adik yang still bersekolah, korang ringankanlah tulang hantar diorang ke sekolah..mana tahu boleh sangkut sorang..kan?
  • engineer - selalu kita boleh jumpa engineer ni kat kilang lah paling mudah...jadi, kalau agak agak nak test power korang tu, kerja lah kilang..buat muka2 comel sikit depan engineer korang ye.. >.<"
  • pensyarah - pensyarah ni pun lebih kurang macam cikgu jugak, dan nak jumpa kena lah pergi U kan..tak payah belajar kat U pun boleh...berlegar legar je depan pintu bilik pensyarah idaman tu..nanti dia perasan lah..haha (sebelum tu pastikan pak guard tak ada)
  • pilot - macam kawan saya, nak dapatkan husband pilot..so, kakak dia cadangkan pergilah kat airport kan? barulah ada pilot..
  • pelakon - try lah korang pergi kat set penggambaran tak pun anugerah skrin..mana tahu, tak dapat pelakon, dapat sambar pengarah..ye tak? hhaaahaa

serba sedikit tips yang dapat saya kongsi kat sini..terima kasih..hahahhahaaaa

kesimpulannya, kalau nak cari jodoh kita perlu berusaha bukan hanya tunggu datang bergolek pada kita..bukan maksud saya, cuba untuk menonjolkan diri dengan perkara negatif tetapi, Allah dah berikan kita cara untuk mencari jodoh sebenarnya  salah satunya, kekuatan DOA.. bukanlah pandai sangat saya ni sedangkan diri sendiri pun tak berkahwin lagi.. :p
tapi, berpesan pesan perkara baik itu sesungguhnya amalan yang mulia... Insha Allah.. ^__^
(pesan untuk diri sendiri jugak)



cubalah amalkan..Insha Allah ^_^


*entry awal tu sekadar selingan*

salam mahabbah ^__^

Saturday 5 January 2013

three papers to go *__*


holaala....korang semua..hari ni sabtu...free dari jadual peperiksaan setelah tiga hari berturut turut berhempas pulas dalam dewan exam..first time tu seat exam dalam dewan...banyak sangat meja dan kerusi...jakon sudah..:p  first paper start 2 Januari 2012 (orang lain suka suki masuk tahun baru, kitorang berhempas pulas berstudy..jeles) dengan subjek Pengantar Sosiologi...hari kedua pulak subjek Alam, Manusia dan Budaya (killer subject..tak ska >.<") dan Jumaat berakhir dengan subjek Pembangunan Diri I..main bulat bulat je...dan, saya keluar dari dewan tu setengah jam lebih awal sebelum waktu exam tamat...sepatutnya exam habis pukul 5.oo petang, tapi saya dah keluar pukul 4.25 petang..tak pernah keluar awal waktu exam tau!  =.="

nak tahu kenapa? sebab saya ingatkan exam tu berakhir pukul 4.30 petang...tersalah percaturan masa..tu yang jawab berdelas (laju laju) je kan..patutlah saya rasa pelik kenapa pengawas exam tu tak halang kitorang ramai2 keluar, padahal 15 minit sebelum habis exam mana boleh keluar..haisshh... (teruk kau amah)  humm..tak pelah..buat pengajaran..korang semua jangan buat macam saya ye.. :p  manfaatkan masa yang ada tu sebaiknya...dan paling penting tengok jadual tu betul betul..hokeeh! dan, saya ada tiga lagi paper nak jawab, Pengantar Antropologi, IT For Social Sciences and Ketrampilan Berbahasa dan Komunikasi..doakan saya eh korang semua?? ^__^
sebut nama penuh sekali dalam doa tu.. serious  :)

dalam sibuk sibuk nak exam ni, biasalah kan...mesti time ni jugak baru sibuk nak study bagai..last minute preparation..merasa jugaklah saya ni bermata ala ala beruang macam orang selalu cakap tu..mana taknya..tidur dua jam je..tak pernah saya stay up sampai pepagi buta..duduk kat sini, saya jadi burung hantu..dulu dulu kat sekolah tak main lah nak stay up sampai malam malam..pukul 12 tu kira paling lewat lah waktu untuk saya beradu..:p  sebabnya, time study week jadi cuti cuti week.. Mr. A kata kat saya, padan muka..tak patut, tak patut.. >.<"

dan bila dah masuk alam universiti ni, barulah saya akui bahawa study secara berkumpulan lebih efektif berbanding bersendirian..dulu saya kera sumbang..mana ada study study group ni..haha..bila kat sini duduk dalam bilik sorang sorang, kiri kanan depan belakang semuanya dinding..adehh..tak berkembang neuron neuron otak saya ni tahu.. erk??

ahli ahli tegar study group kitorang,

Suleeyia (Su)
Rozalina (Ina)
Atikah (Ika)

dan all the best to all ansosians! Insha Allah <3 <3

Tak sabar nak balik Kulai, rindu family! sangat sangat..sob..sobb.. *lap lap air mata*



walaubagaimanapun, terima kasih Mr A sebab bagi support..  ^__^


salam mahabbah <3 <3






Friday 4 January 2013

Terima Kasih Abang


original status : Ikan Kelisa


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandang annya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurang nya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/ suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan 




pocketNOTE: kadang kadang sebenarnya macam bosan jugak bila baca cerita macam..tapi, perkara yang saya nak highlight kat sini ialah ;
* hargai apa yang ada di depan mata....jangan biarkan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
* matlamat berumah tangga bukan untuk menantikan perceraian apabila datang saat saat genting
* darjat seorang isteri lebih baik apabila beliau berada bersama suami

*bukanpenceramahmotivasiberkaitanmasalahrumahtanggacumasekadarrenunganuntukdirisendirijugakwalaupunbelumbergelarseorangisteri-..hahha..:p*


salam mahabbah <3 <3



pasangan anda..

Wednesday 2 January 2013

Sekadar Renungan dari MATA HATI



WANITA....

1.walau sejahat mana perangai bf kamu, jgn sesekali meninggalkan dia tanpa memberi peluang jika masih syg padanya.

2.jika sudah m'beri peluang, beri lg peluang walaupon 10x. mungkin kali ke10 dia brubah.

3.jgn sesekali cuba berdendam utk m'balas balik p'buatannya dgn niat utk biar dia rasa seperti yg kita rasa, klau masih syg kn dia... jika kita balas itu maknanya kita xsyg dia.

4.walaupon rasa diri xdihargai krn dia rapat dgn ppuan lain, sabar lh, krn ppuan itu hanya lh teman ktka dia bosan shj.

LELAKI....

1.sedar x apa yg kamu telah lakukan, kamu telah m'beri harapan padanya dan kamu juga yg telah memusnahkan harapan itu.

2.jgn t'lalu ambil mudah jika GF kamu sering m'beri pluang kpda mu, sehinggakan kamu sering abaikan peluang t'sebut.

3.jika kamu menyanyangi dia kamu tidak akan sesekali menyakiti hatinya dgn adanya org yg ke3 dan jadikan alasan m'balas dendam.

4.jika sudah tiada lg rasa syg, b'terus terang lah pada dia, jgn biar dia menaruh harapan dan menyakiti hatinya dan terus menyakiti.

WANITA & LELAKI....

1.andai salah seorg dari kamu b'buat salah, ajak lh b'bincang dan katakan apa yg kamu xsuka tentang sikapnya,dan p'baiki lh.

2.jika tidak suka dgn sikapnya, terus terang lh padanya, jgn biar muncul org ke3 baru nk cakap, (masa tu dia xkn boleh berubah,sbb dia fikir kamu cari alasan krna kamu sudah ada yg lain

3.tp... kenyataan sbnr, apabila sudah menyukai org lain,mula lh cari salah silap pasangan walaupon sbnrnya xda apa pon.

4.cuba kita fikir sat, masa kita xda org lain, kita gadoh dgn dia,kejap je pastu baik balik, tp lps kita ada org lain, masalah kecik pon jd besar, dan b'panjangan... sehingga sgup putus wlaupon dh b'tahun lamanya.

JODOH

1. bila putus, kluarkan kenyataan "xda jodoh.."
2.tp igt! jodoh mmg allah yg tentukan, tp selepas kita usaha.



* I mean it...

kredit untuk : Nur Aqeela


salam mahabbah <3 <3

sama-sama lh kita renungkan....