mereka yang gorgeous


Friday 30 November 2012

mengapa RASA itu ada??

assalamualaikum.. selamat malam (tapi jangan tido dulu)

topik untuk merepek malam ni...mengapa RASA itu ada??  woohaaa!! rasa apakah itu? pedas? masam? manis? pahit? atau..ape ape lah rasa yang wujud di dunia ni.. :p




haaaa!!! RASA ni lah yang saya maksudkan...yee...
cemburu a.k.a jeles... ^_^



mesti korang biasa dengarkan perkataan ni..huhu..jeles ni wujud tak kira lah dari segi ape pun..sama ada jeles dengan kejayaan orang lain ke, jeles tengok orang dapat sport rim kereta ke (lelaki terutamanya), jeles tengok suami/ isteri kita duk bermesra dengan orang lain ke..ape ape lah, yang penting dalam kategori mampu buat kita jeles..hehhe

dan..sudah tentunya cemburu ini lebih sinonim dengan wanita..benar atau tidak?? =.=" baca je lah quote kat atas tu...dan mungkin saya bersetuju kot..hehe..bila wanita dikuasai rasa cemburu, diorang punye kehebatan setanding FBI atau pun boleh mengalahkan penyiasat penyiasat dalam cerita CSI tuuntuk mencari bahan bukti..saya akuinya..hahaaa

dan lagi satu, walaubagaimanapun kami cuba untuk menyembunyikan rasa itu namun ia tetap tak berjaya..senang kata,memang nampak obvious lah kalau kami ni cemburu..huhu..soo..agak agak ada tak solution untuk masalah ini?? hmm... mungkin pakar kaji manusia pun pening nak mengkaji sifat cemburu yang wujud tu kot..haha







sebenarnya, kami ni bukanlah sukasuki nak rasa macam tu...kadangkala ia bersebab..dan seringkali sebab itu mungkin kelihatan amat tak munasabah pada orang lelaki..kalau tak rasa tergugat, kami tak rasa macam ni tau..ok! soo..lelaki lelaki sekalian, maafkanlah kami kaum hawa ni kerana mempunyai perasaan sebegitu...

dan perasaan kami itu bersebab... bukanlah hanya ikutan nafsu semata (namun tak menolak juga jika terlalu dilayan, nafsu pula yang merajai hati..nauzubillah) sangat sakit bila rasa macam tu..lebih sakt daripada kita naik bangunan lepas tu terjun (macam pernah rasa jek! haha) tapi..lebih kurang macam tu lahh...kalau boleh keluarkan rasa tu, nak buang jauh jauh..huhu


pocketNOTE : kadang kadang rasa bersalah bila ada perasaan sebegitu..dan mungkin ia tak sepatutnya ada..totally, terabai... :')  thanks kawan kawan.. ^_^

p/S: kalau tak nak rasa macam tu, elakkanlah diri daripada terjebak dengan perkara yang mampu buat kita rasa sebegitu..ye tak?? aman~~

salam mahabbah


Thursday 29 November 2012

signal itu penting <-----*----->

assalamualaikum.. hai! halu! salam 1 malaysia!  ^___-*


pernah tak selama anda berada di atas muka bumi ni (planet lain terkecuali) anda mengalami kemalangan? tak kira lah, kecik ke, besar ke, sederhana ke, ape ape lah..yang penting dalam kategori kemalangan..kenapa tetibe cerita pasal kemalangan ek?? hhmmm... >.<"

sebenarnya tadi, berlaku sedikit kemalangan kecil di depan mata saya..masyaallah..terkejut amat saya..serious... (cerita nak beria..hihi) masa tu saya baru je balik dari PTSL atau name glemer beliau, Perpustakaan Tun Seri Lanang... kejadian tu lebih kurang dalam pukul 2 lebih...tengah tunggu bas nak balik kolej...




iklan iklan.....
ni bukti cekonon stadi kat library..besar tahu buku atas riba tu..haha
elok molek je kan bersila atas tu..hahha :p



haa..cerita pasal bas, nak komplen sikit...jadual bas tak sistematik...kesian kami, kami dan kami lagi nak kena tunggu lama lama kat bus stop yang panas tu...* Pak Cik pengurus Rengit, sila take note! (macam dia baca je..hampeh! :p )




ni bas rengit saya naik hari hari utk ulang alik ke fakulti dan
pulang ke kolej.... *kdg2 sempat tido dalam bas..haha




okehh..habis komplen..masuk cerita tu balik..membebel aje lah saya ni kan?? huhu....haa...tu laa...nak memandu, menunggang lain kali berhati hati..malang tak berbau..betul tak?? ceritanya macam ni...sedang elok, molek, cantik, comel saya duduk kat bus stop tu, tak semena mena ada sebuah kereta macam nak berhenti tapi macam tak nak..signal pun dia tak pasang..saya pun konpius dia nak ke mana...ada sebuah kereta dan beberapa bijik moto kat belakang kereta tu..mungkin diorang pun konpius kot dengan kereta tu..haha

tiba tiba...ada sebijik motor ni (mungkin dah lambat nak ke kelas kot?? tak pun sakit perut..haha) die memotong kereta tersebut..dari arah kiri..dan.......... bergesel dengan kereta tu...nyaris je penunggang motor tu tertonggeng, kan tak memasal tu...kemudian, dua dua kenderaan tersebut berhenti..cuak jugak hati ni..janganlah sampai saya melihat adegan drama sinetron free petang petang...saya rasa kaki penunggang tu luka atau calar kot..mak cik ala ala mak datin kat dalam tu pun dah buat muka tak puas hati je.... *sape suruh tak nak pasang signal...

kesimpulannya di sini, mungkin kita tengok signal tu macam tak penting je...tapi, ia mampu menyebabkan perkara tak diingini berlaku...so..walaupun anda cuma nak singgah sebentar ke arah kiri, silalah pasang signal kenderaan anda..jangan bagi orang belakang konfius..ok?? ayah saya selalu pesan pada saya, masa drive tu jangan jadi driver yang teragak agak..nak masuk ke tak? nak masuk ke tak? nak berhenti ke tak?nak berhenti ke tak? sebab nanti orang belakang pun pening dan panggil kita @@#%$^$....hahah....itu boleh terima lagi sebab kita tak dengar kan..tapi, kalau berlaku kemalangan? tak ke haru tu jadinya?? akibat kecuaian sendiri..

ohh..yee...sebelum terlupe...ayah pesan semua tu bagai sebab anak dia yang comel, gojes, lawa, (perasan..jemput muntah!) bagai ni adalah pemegang lesen P....selalu je tak percaya kalau saya yang drive... Encik Abd Malik, P is stand for PROFESSIONAL....not probationary.. take note! hahahahh  :p



passport sangat kan muka...hahah... *gambar sengaja dikaburkan 
supaya tiada yang histeria bila melihat wajah gojes saya...hahahha
(sila ambil plastik )


salam mahabbah <3 <3

Tuesday 27 November 2012

one or two step ahead.. wink~ wink~

one or two step ahead? apakah? haha..mesti korang tertanya tanya kan (tu pun kalau ada lahh..hihi  >.<" ) kenapa tetiba je tajuknye macam ni? ape dah tak ada idea ke saya ni?? haha..baik korang semua tarik balik kata kata korang tu...sangat tak best untuk di dengar...

biasalah kan,time time cuti sekolah macam ni ada je jemputan kahwin..ye tak?? tadi baru je dapat satu jemputan..dari kawan sekerja kat Venture dulu..tapi..malangnya..tak bole datang..uwaaaa...bukan time cuti...dan pada tarikh tu jugak saya ada program kat Kuala Kangsar... (dalam hati meronta ronta nak balik..nak balik Kulai! nak balik Kulai!  *gedik..? pangg!! haha )

dan bila dah masuk story mory pasal kengkawen ni...eheemm...eheemm..hati pun macam mementel meronta ronta..nak jugak! nak jugak! hahha  :p  *macam nak kena sepak??
ok! forget it...fokus..fokus..haha


jom tengok kat bawah............


erkk?? tetibe je ada gambar ni?? 
haaa..ni lah die syafika..selamat dah jadi tunangan orang... 
kawan since tadika ni tahu?? huhu







haaa..yang oren oren striking ni tasha..pun sama..
dah mendahului saya..jeles! *errkk?? haha







amboii..baju gelemer tu!
hahha...somel somell..kecik cinonet kann??cik melah...
cam tak caye je mak cik ni da jadi tunang orang..hahha 
  :p







sahera dan encik tunang...baru je minggu lepas..hehe
 baju die lawo lahh..saye suke! *oppss..gediks!








yang romantik..gojes mojes buat saya extra jeles ni,
maysarah..macam bebudak je kan die dengan encik hubby die??
dan yang best, sekarang die tengah pregnant..ye!! ye!
ehh?? macam saya pulak nak dapat baby..haha
tapi yang penting baby die mesti somel lote macam saya..
*perasan lagi.. weekk!! sila muntah








merah mak ngah baju kamariah kan?? haa..ni sedih..
saya tak dapat pegi wedding die sebab time tu cazen kawen.. >.<"
*cazen je pun kawen, bukannya anda mak cik oii..hhaha
lepas tu ada kaum kerabat sekola dulu hidangkan gambar2 
konon2 gojes diorang tu kat saya..
saje la tu nak buat saya jeles!  haha







haha..murhafizah ni lagi advance..tetibe je, tahu tahu dah ada baby..
comel tak baby die..comel kan?? macam nak tarik2 pipi die...huhu




apa apa pun, tahniah korang semua... *nyanyi lagu maher zain utk diorang..lallaalaa
harap pertunangan, perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat..bukan sahaja di dunia, malahan hingga akhirat jua..insyaallah.. ^_^
saya pun tumpang gembira buat mereka.. *suasana tacing dan pilu.. :p
apa?? saya? lalallalaaa....tak dengar..tak dengar..haha



*gambar ini adalah hasil ihsan pak cik mark zuckerberg yang cipta facebook seperti yang korang tahu tu..soo..saya, dgn kreatifnye meng'kidnap' gambar mereka ni...maaf ye kengkawan..haha

salam mahabbah





Monday 26 November 2012

mulut lain, hati lain... (^_^)*

-saya tak pernah sukakan awak!

(maaf.. saya tipu awk dgn kata2 saya)

-mulai hari nie, saya tak nak jumpa awak lagi!

(tapi lepas nie, saya yakin yg saya akan rindukan awak)

-saya hrp saya xpenah jumpa awk dan jgn bimbang, mulai hari nie, saya akan lupakan awak!

(bkn senang nk lupakan awak.. kehadiran awak dah sebati dlm hidup saya ..)

-awak... saya benci awak sgt2!


(awak.. sebenarnya saya sygkn awak sgt2)

-saya tak nak tgk awak lagi, pergi, pergiiii!!!!

(awak... saya tak nak awak pergi... T_T )

♥ KADANG2 APA YG KELUAR DARI MULUT XKAN SAMA DENGAN APA YANG KITA RASA DIHATI ♥

main tick-tick

malam malam macam ni sambil menyambil buat asignment tiba tiba jari jemari ni bermain main di atas keyboard lalu tertaip lah pelbagai perkara di badan encik google...

baiklah...saya sebenarnya jarang jarang sekali nak bukak laman web remaja remaja ni..akan tetapi pada malam ini entah mengapa secara tiba tiba saya terbuka...dan,...dengan cemerlangnya saya menjawab segala MCQ (multiple choices questions) kat dalam tu... (padahal kalau kuiz or exam tak lah cemerlang sebegitu)

antara soalan soalan yang saya jawab berkenaan dengan,


  • kamu manja atau mengada ngada?
  • kamu pencinta setia atau tidak??

akan tetapi, yang amat tak bestnya...kesemua jawapan yang saya jawab terlalulah mengecewakan hati saya ni... (dah mula terpengaruh dgn prediction macam tu)

dan saya amatlah tak sukanya...i'm not that type of girl...tipuu...tipuu..dan penipu...
mana ada..haishh...

baiklah..fenomena main tick tick lepas tu kira kira dan lihat hasilnya...sebenarnya dah lama bertapak..tak silap saya, sejak saya tingkatan 1 saya mula diperkenalkan oleh rakan dengan majalah, buku seperti itu..

apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, janganlah mudah percaya dengan benda alah macam tu...jangan terlalu bersikap jumud dengan ramalan seperti itu...

yang pasti, kita lebih mengenali diri kita sendiri (bukan majalah ok!)
anda sendiri tahu, adakah anda seorang yang curang atau tidak? berdasrkan pergaulan anda, jika anda sudah mempunyai pasangan dan anda bergaul dengan rakan sekelas berlainan jantina..apakah itu sudah boleh dilabel sebagai 'tidak setia'? apakah? 

sangat sangat mengarut pada pandangan saya...oleh itu, pandai pandailah bawa diri masing masing..kita telah diterapkan dengan budaya timur dalam diri sejak dari kecil lagi..tidak perlu diubah atau ditokok tambah dengan budaya negatif.. ^__^

pocketNOTE : sekadar pandangan dari saya...setiap orang ada pandangan berbeza beza kan? marah pula peminat majalah seantero dunia ni nanti.. soo..chill lahh.. 
salam mahabbah


Tuesday 20 November 2012

rahsia yang ANDA tidak ketahui... :p

dan tetibe malam ni jejari saya macam gegatal pulak nak menaip naip tentang 'tanda tanda perempuan suka kat lelaki'... (berdasarkan pengalaman sendiri..hikhikkk..)


1. suka curi tengok muka lelaki tu...hihiii...ini memang tak dinafikan berlaku pada seorang wanita tu kalau dia dah syok kat seorang lelaki..seboleh boleh dia nak tengok jugak muka lelaki yang dia suka tu...even mengintai dia berjalan dari jarak jauh pun cukuplah..huhu

2. blushing blushing muka si dara ni kalau lelaki yang dia suka tu bual bual atau bertanya pada dia..sebab apa? sebab malu lahh..lelaki yang dipuja ada kat depan mata...mana tak malu oii..prince charming depan mata...! huhu..lepas tu..mulalah tertunduk tunduk tengok meja, kuis kuis jari...konon nak cover malu lah tu..hihi  :p

3. sentiasa utamakan orang tersebut..hah! yang ni memang benar benar pernah berlaku.. dulu saya pernah kerja kat satu tempat ni, (identiti dirahsiakan).. ada sorang mamat ni, suka je nak mintak tolong dengan saya..tak tahulah kenapa..sebab saya ringan tulang kot?? (perasan..hihi) lama kelamaan saya pun ter'fall in like' kat die..hehe..so..dari situ, bile die mintak tolong je saya pun dengan bersungguh sungguh lah mencari alasan semata mata nak membantu dia..atas tiket, saya org bawahan je so perlulah tolong..hahha

4. suka je nak dengar dia bercerita...haha..ditakdirkan orang yang saya 'like' ni agak suka bercerita dan agak happening, saya pun suka lah nak 'berdampingan' dengan dia mendengar segala story mory die tu..suka lah katakan..wek! ahah.. *boleh je nak berdampingan, tapi janganlah nampak obvious sangat kita ni suka kat dia..diam diam sudahlah..hehe

5. menjadi stalker terhebat abad ini! hahha..yang ini sudah pasti lahh..paling mudah, duk mengintai fb die..kepoh je nak tahu apa yang berlaku kat dalam tu..habis semua gambar, profile, friends die kita jelajah...pantang ada orang comment kat status dia dan keluar kat news feed, mesti nak tengok..tapi, yang penting saya hanya mampu jadi stalker je n "like" post post die..nak comment? maaf, tak berani nak menonjol..takut die tahu..hihi  :p

6. concern tentang si dia..haa..yang ni kalau lelaki lelaki kat luar sana perasan lah, memang akan berlaku..wanita tersebut mula lah sibuk sibuk kan hal anda..kalau anda merokok, dia dengan penuh 'berhemahnya' mengatakan yang rokok itu begitu dan begini..kalau anda tak makan, dia suruh anda makan dulu, dan start bagi ceramah free pada anda..heheh

7. cepat tacing atau pun terasa kalau si dia yang kita suka tu buat sesuatu yang konon kononnya dah menyakitkan hati kita... (helloo...die tak tahu pun awak suka kat die tau, mane lah die perasan klau die tersakitkan hati awak..hihi) lelaki mesti tahu tentang ni..ok! al kisah, pernah terjadi sesuatu peristiwa di mana seorang lelaki telah meninggalkan seorang wanita di dalam hujan..ceit! kata suruh hantar barang tu pada die, tunggu punye tunggu sepuluh minit berlalu dan hujan membasahi bumi..apa lagi, dengan wanita tersebut turut 'hujan' bersama...rupa rupanya lelaki tersebut telah selamat berada di rumah..hmmm..memang menggeramkan... *lelaki tu tak tahu pun perempuan tu suka kat die :p

8. sanggup menemani...oppss! ya..memang perempuan ni kalau dah suka kata seseorang tu, dia sanggup menemani walaupun sekadar SMS je..perasan tak?? hihi..even dah lewat malam pun dia setia lagi menemani orang tersebut..soo..rasa beruntung tak?? haha *walaupun wanita tersebut tahu lelaki tu ada GF..hmm


ok lahh....penat dah menaip..sambung pada next entry ok?? TUNGGUUUU.......  ^__^


pocketNOTE : kadangkala terasa macam bersalah juga..perampas kah saya??  apa pun, semua adalah kehendak-NYA..siapa kita untuk mengingkari... >.<"      dan saya redha...in shaa Allah...

salam mahabbah...

Monday 19 November 2012

saya anak sulung lah...

ya...seperti tajuk yang tertera di atas..dengan ini saya mengakui bahawa saya adalah anak sulung dari 3 orang adik beradik...ramai jugak yang tanya, best ke jadi anak sulung?? hmm..
jawapannya BEST! 
sebab?

mak ayah lebih percayakan kita dalam membuat keputusan dan kadang kadang mak ayah jugak akan refer kat kita untuk buat sesuatu keputusan.... ahaa..bangga tak?? hahha  :p

namun demikian...ececeehh...

ada juga teori yang mengatakan anak sulung begitu dan begini...soo...boleh percaya ke tak???
terpulang pada anda untuk percaya atau tidak..sebab anda yang menilai..bukan saya.. ^__^"

antaranya yang diperkatakan tentang diri saya (anak sulung) ialah ;

ANAK MANJA EMAK

yes! saya memang anak manje emak..walaupun kekadang kena marah jugak..sebab degil..hihi :p

ANAK DEGIL

haa! kan dah nyatakan kata atas tu...memang ada lah kedegilan dalam diri saya ni...bukan sikit, agak banyak jugaklah sebenarnya..hehe..soo..tak tahulah sapa yang boleh tahan dengan sikap saya ni..tapi yang lebih penting saya harap boleh ubah perangai tak berapa nak elok ni untuk kebaikan bersama.. (bersama? dgn siapa ek? hmm)

TAK PANDAI PUJUK

hah! yang ini memang amat amat lah betulnya..saya memang tak reti nak pujuk memujuk orang ni...bukan kemahiran terbaik saya lah...tak ada skill.. (ada tak kelas kelas yang mengajar subjek 'pujuk memujuk orang merajuk? hihi)

BERCINTA

cinta?? heh! malulahh... >.<" huhu * ya saya mengaku saya adalah antara berbilion umat manusia yang setia...(macam perasan punye statement je?? huhu) walaupun kadang kadang saya bergaul dengan lelaki lain, tak bermakna saya curang, dalam hati tetap ada kamu...saya tahu lah tahap dan status saya..ingat tu!  huhu

HITAM / PUTIH

hitam putih?? ye saya suka warna putih! haha..out of topic lah.. hitam putih kat sini maksudnya, kalau hitam kata saya, hitamlah dan begitulah sebaliknya..tapi....yeke??rasanya tak jugak lahh..saya ni boleh jugak dibawa berbincang dan bertoleransi dengan manusia manusia kat luar tu...hmm..

HATI

haha..yang ni macam nak gelak! yes! hati saya amat lembut..senang kata cepat tacing...tak boleh salah sikit, mesti nak ambik hati dan lastly merajuk..alaa,,,merajuk pun bukan lama..kejap je,,hihi..kalau kena tegur sikit pun mudah terguris..nak merajuk2...ngengada kan?? hmm..baiklahh...yang ni pun kena ubah jugak lah.. >.<"

BERDIKARI

yes! i'm very independent! ohh..yeahh! haha.. * yang sebenarnya, saya bukannya pandai sangat berdikari, tapi belagak cekonon nak berdikari...lastly..hampehh..cari orang mintak tolong jugak..haha.. (alaa..takpelaa..yang penting independent spirit tu saya ada..korang ada?? haha  >.<" )

ARAHAN

ya, saya sedia terima arahan tuan!  ye ke?? hahah..memang tak lahh...konon2 je macam patuh arahan, tapi sebenarnya tak..nak tunggu kena marah, berdrama, bersinetron bagai baru lah nak terima..itu pun bukannya terima bulat2...haha.. :p

 PEMAAF & CARING

yes! i admit it...saya memang teramatlah pemaaf orangnya...dah nangis2, bengkak2 mata orang kerjakan bukan mata je dalam hati pun dah bengkak..tinggal nak meletop je tapi, tak lama ponn..lepas tu dah boleh senyum balik untuk orang tuu...sebab tu ramai je yang ambik kesempatan..tapi,,hmm..tak apalah...SMILE!
*pemaaf2 jugak tapi, bekas tu sebenarnya ada lagi...

dan yang terakhir,

 PAKAIAN

nak up to date je! ye ke? haha..tak lahh..saya bukanlah jenis yang macam tu..tapi, normal lah kan perempuan...sesekali nak jugak bergaya..hmm..tapi yang penting kemaslah..tak lah serabut orang lain menengoknya...nak jalan dgn kita pun tak lah sampai orang tu rasa malu..kan? huhu


soo..itulah antara serba sedikit tentang saya...
99.9% sama dengan saya??
hmm..mungkin jugaklahh.. ^_^

pocketNOTE : tadi bermesra dengan encik google, terjumpa jugak tentang sifat2 anak kedua ni..macam aneh2 jugaklah..next entry maybe?? ^__^
salam mahabbah.. 

get well soon.. =')

ok..hari ni  memang tak larat amat..tak tahulah kenapa penat sangat..mungkin sebab badan tak berapa nak sihat kot..hmm..balik dari kelas pun awal hari ni..sebab prof. K tak ada..beliau just tingglkan handout je...pun pening jugak nak memahamkan ayat ayat kat dalam tu...haisshh  >.<"

mata dah berair je ni..hujan kan...balik kena hujan..nice...huhu..terpaksa beli payung kat H-Mart tadi..huhu..beli makanan kononnya..tapi, akhirnya tak makan..sebab? tak selera...demam + ulcer mulut..memang best... >.<"

petang ni ada kelas lagi..pukul 5..harap dapatlah mesej ---> kelas dibatalkan..hahaha...tapi jangan nak mimpi lahh..hanya angan angan je tu..huhu..ok....banyak nak cerita tapi..lainkali lah..tak larat...

pocketNOTE : cepatlah baik dari rasa yang tak best ni... ape ape pun... senyum je.. ^___^

di atas nama cinta ^__^ yok nyanyi!

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

ceritera KPO

saat ni mata masih lagi belum dapat tertutup sebab siang tadi dah tidur.. balik dari KPO dalam pukul 2 petang, kemas kemas bilik dan barang2, buat apa apa yang patut kemudian saya terus rebahkan badan untuk tidur...sangat penat kiranya saya buat macam tu..dan terlebih lagi letih jika pulang saya terus merebahkan diri...gagahkan jugak diri \t, walaupun kaki dah cramp sebab terlalu byk berjalan mase explorace tu..hasilnya sampai sekarang, kaki sakit dengan badan sekali akhirnya, saya demam sekarang ni...takpelah.. tabahkan je hati... =')

apa yang saya buat sampai saya tidur tak ingat dunia macam batman? (batman pun ingat dunia)
hari jumaat lepas, (16/11/2012) saya menghadiri kursus pengurusan organisasi..kursus tu berjalan selama 3 hari..sampai hari ni lah hari terakhir..

hari pertama, slot pertama, dengar ceramah..sampai lah malam..lebih kurang pukul 11.30 malam baru pulang ke bilik..sampai bilik, tengok kain baju belum angkat lagi..saya pun angkat kemudian lipat..kemas kemas sikit bilik..sebab saya tak suka bilik saya berterabur macam tongkang pecah...lebih kurang pukul 1 jugaklah baru saya dapat rebahkan badan atas katil..

masuk hari kedua..tengok tentatif program..humm..tak adalah pack sangat pun aktiviti..cuma ada ceramah, ceramah, dan ceramah, berterusan lagi ceramah...kiranya satu hari tu dengar ceramah ajelah...macam macam input jugaklah saya dapat..berguna..ya..amat berguna.. sambung malam hari pulak...ingatkan ada xtvt kebudayaan je..tapi, ditukar pulak dengan explorace..sooo..kalau explorace tu faham faham lah kan macamana..satu kolej kami jelajah..panjat slope,kena tipu..patah balik lagi ke tempat sebelumnya..cari orang..jalan kena tutup mata dari blok 14 sampai blok 8..huh!kami  penat tahu kakak2 & abang2 felo sekalian... huhu >.<"

dan akhirnya..berjaya jugaklah kumpulan kami menghabiskan perjalnan tersebut..yang hampir 3 jam..hmm..sampai dalam bilik seminar, ingatkan dah boleh balik..tapi...belum lagi..kena tunggu tujuh lagi kumpulan yang masih mencari jalan pulang...haihh..berat nanang.. saya pun mengambil kesempatan membalu kepala dengan kain batik yang dibekalkan dan lelap lelap ayam kan mata saya...sejam kemudian..barulah satu persatu kumpulan berjumpa ke jalan yang benar...hehe

ok..jomm lahh..boleh balik tidur!

ooppss!! maaf...belum boleh tidur lagi...anda perlu menyiapkan teks ucapan perasmi, teks mc dan teks ucapan KP untuk majlis penutup esok... hmmm...bayangkan lah..mata dah kuyu amat,..badan dah lunyai kepenatan..terpaksa jua menggagahkan diri bersama rakan2 protokol lain berkampung di kafe kolej buat teks2 tersebut..

sedih..tengok kafe dah kosong, cuma tinggal kami je yang jadi burung hantu kat situ...perah perah idea..kenapalah susah sangat idea nak muncul ni..hmm..sebab terlalu penat mungkin..tapi, tak boleh..perlu siapkan jugak..esok dah majlis...dan sehingga akhirnya, pukul 5 pagi barulah saya berjaya menyiapkan teks tersebut.. (tu pun lepas bahagi2 tugas) 

sehinggalah azan dan lebih kurang pukul 6 pagi baru saya pulang ke bilik..dan pukul 9 majlis bermula, say pun baru sampai..sebab terlajak tidur sampai pukul 8.30 pagi..kunci jam tapi tak sedar langsung..hmm...thanx zaza sebab ketukkan pintu dan kejutkan saya..hehe..dan, lebih kurang 12 jam saya tak tidur sebenarnya..sehingga ditegur, kenapa mata bengkak sangat?? aiyyoo ... =.="

wahh,,,panjangnya post saya ni...banyak pulak membebel kan??

dan sekarang saya tak tidur lagi sebab menyiapkan assignment yang tertangguh..tu lah..buat lagi kerja last minute..padan muka saya..kan? (tapi sempat pulak lagi menaip blog ye.. )
bak kata kak zakiah, "welcome back to the hectic life as a student"...hahaa

pocketNOTE : balik bilik pergi toilet...bukak pili air..tak ada iar..petanda? tak ada air lah..dan bertambah lagi satu kerja, mengangkut air dari blok sebelah..hmm..sabarlah wahai HATI...
*berderai jugak air mata bila orang kata, "baik jd batman..batman pun tak tdo siang..emm"

Thursday 15 November 2012

macamana nak ungkap???

sambil sambil layan cerita hindustan malam ni, rasa rindu pulak jari ni nak menaip..hihi
kajol dan salman khan pun sibuk jugak berjoget joget kat dalam tv tu...saya pun terasa macam nak join jugak..tapi...apakan daya, mak dengan kak asmah (sepupu) ada kat sebelah menyebelah..
ok..behave...gegar rumah nanti..hehhe.. (kalau sorang sorang mungkin dah goyang goyang jugak kot???? >.<")

malam pertunangan diorang ada joget joget...cuba kalau kita orang melayu buat macam tu? ada joget joget bagai?? hahhaa.. i can't imagine it..buruk rupaa...tolonglahh..hehe (tapi tengok diorang macam best je?? haha)

dan......
tiba tiba....

(1 new message)  ---->  Selamat tonton..

terima kasih...saya sememangnya sedang menonton dan jari jari sibuk menari di atas keyboard.. ^_^
(dengan harapan henpon akan berbunyi..hihihi)

okey..sambung episod tadi.. what??? Anjali nak kahwin dgn Aman hanya kerana kompromi?? bukan atas dasar cinta?? alamakkk!!  (saya pulak yang kepoh)

pernah tak anda terfikir tentang satu perasaan yang pada mulanya hanyalah kasihan tetapi bertukar menjadi suatu perasaan yang kita sendiri tak dapat nak tafsir... (cewaahh..jiwa jiwa pulak malam ni..hihi)

yaa...saya percaya ada...soo..anda..anda..dan anda...berhati hati... ^_^

sebab..saya rasa,,,saya adalah salah seorang darinya...err...err...hehe...

tak menyalahkan sesiapa kerana saya sendiri yang benarkan ia hadir..dan jangan sesekali menyalahkan orang lain...ok??

akhir kata...

" Permudahkan urusan kami Ya Allah... "

pocketNOTE: saat anda menyulam bahagia, jangan lupa ada juga duka yang bakal tiba...harapan setinggi gunung ni... :p  *tak reti nak ungkap....

salam mahabbah... dan
SALAM MAAL HIJRAH 1434H... ^_^  *Awal Muharram

Monday 12 November 2012

Tak Lama Dahulu...

Tak lama dulu, ada seseorang kongsi sesuatu dengan saya...



CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara  semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa. 2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. OT17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 


soo..apa kata anda???

pocketNOTE : rasa rasa memang macam ada kan? 99.9% betul..  terima kasih...^_^

salam mahabbah.. <3 <3

Saturday 10 November 2012

nampak tak? +__+"


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati


lagu ni betul2 menggambarkan bagaimana pengorbanan seorang bapa pada anaknya..
serious...saya sendiri pun amat tersentuh tika mendengar lagu ni...
apatah lgi bila dah berjauhan..amat amat terasa ketiadaannya..selalunya dialah tempat saya mengadu...

oh ye.. beberapa minggu lepas ada perkara yang terjadi, ayah saya sikit pun tak bagitahu saya..
saya dapat tahu pun dari mak..mak yang bagitahu saya...maka kata ayah ada masalah...tapi, saya pun tak nak lah bertanya dengan lebih lanjut..rancangannya balik ni nak tanya...tapi, biasalah...bila dah sampai rumah ni rancangan pun tinggal kenangan..hihi..

ok..harini, saya tinggal dgn adik adik dan ayah je kat rumah...adik2 dah keluar..pergi rumah kawan diorang...
dan ayah pun bertanya pada saya keadaan kat sana..saya pun dgn becoknya bercerita...tetapi....
tak lama lepas tu ayah mula buka mulut tentang masalah tersebut...amat terkejut saya!  >.<"

tapi, ayah saya sikit pun tak marah...saya pulak yang sakit hati mendengarnya...ayah kata, biarlah..dia redha..
tapi, sebagai anak saya nampak terukir garis sendu di wajahnya..hati saya jadi sebak..(time type ni pun sebenrnya saya dah 'hujan'..)

saya ingat dulu masa saya kecundang dalam SPM (tak lah kecundang sgt sebenarnya), ayah saya sikit pun tak marah pada saya..dia kata, 

"kalau ada rezeki kakak nak masuk U, insyaallah ada..tapi, kalau tak dapat jangan putus asa..rezeki ada kat mana mana..kita yang perlu bijak mengenalpasti peluang.."

tapi, sebenarnya saya tahu dia kecewa dengan saya..cuma dia tak tunjukkan..sebagai anak, rasa bersalah tetap mencengkam jiwa..

"YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI DARI KALANGAN ANAK ANAK SOLEH DAN SOLEHAH DAN HINDARKANLAH KAMI DARI BERLAKU ZALIM(DERHAKA) KEPADA MEREKA.."

pocketNOTE : kalau duduk sorang sorang, cuba sekali sekala bayangkan wajah ayah kita...pernah tak korang terfikir beban yang dia tanggung selama ni...? kasih sayang seorang ayah bukan dengan dakapan atau belaian spt ibu tetapi melalui segala apa yang telah mereka lakukan untuk kita..termasuk lah, tak beli baju raya untuk diri sendiri yang penting anak anak dan isteri dapat yang baru... terima kasih ayah =')


 salam mahabbah....

Thursday 8 November 2012

first-timer ^_^

bulan november sudah pun memunculkan diri..semakin lama meninggalkan jejak menutup tirai tahun ini... (cewah..ada lebih kurang sebulan lebih lagi lah nak masuk tahun 2013..tak sabar sabar..hihi )
tapi..minggu depan kita bakal masuk ke fasa baru tahun Hijriah, 1434H pada 15 November 2012...
Ahlan Wasahlan ya Muharram...insyaallah.. ^_^

ok..selesai "pendahuluan"..haha..sekarang kita masuk pada pokok perbincangan pula... (perbincangan??)
merujuk tajuk di atas, 'first-timer'...
apakah yang sedang berada dalam fikiran anda???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tettt! cukup...tak perlu fikir lagi..nanti macam macam yang menjelma... :p

berterus terang saja, tak perlu mukadimah yang panjang.. (walhal dah berjela jela panjang..)

pernah tak anda membayangkan anda berada di sebuah pangkin/pondok ...duduk di situ sambil berehat menenangkan minda dan berbual kosong bersama teman?? mestilah pernah kan..dulu masa kecik kecik main masak masak, kawen kawen di tempat bernama pondok tu lah... heheh  :p

dan kini, seseorang telah membina "Pondok Tumpangan" nya sendiri..tahniah! walaupun tak sampai sebulan pun ia 'lahir', sejujurnya 'pondok' itu mencuri perhatian saya... agak agak boleh tak kalau saya nak menumpang teduh di 'pondok' beliau ek??

dan saya nak mengabdikan


dalam nota saya......  ^_^

pocketNOTE : tabah dalam menjalani ujian hidup..sepanjang perjalanan saya ini pelbagai perkara telah saya pelajari..senyuman kadangkala diiriingi sendu..tawa pula penutup segala..begitulah MELODI HIDUP..

salam mahabbah <3<3<3<3