mereka yang gorgeous


Monday 26 November 2012

main tick-tick

malam malam macam ni sambil menyambil buat asignment tiba tiba jari jemari ni bermain main di atas keyboard lalu tertaip lah pelbagai perkara di badan encik google...

baiklah...saya sebenarnya jarang jarang sekali nak bukak laman web remaja remaja ni..akan tetapi pada malam ini entah mengapa secara tiba tiba saya terbuka...dan,...dengan cemerlangnya saya menjawab segala MCQ (multiple choices questions) kat dalam tu... (padahal kalau kuiz or exam tak lah cemerlang sebegitu)

antara soalan soalan yang saya jawab berkenaan dengan,


  • kamu manja atau mengada ngada?
  • kamu pencinta setia atau tidak??

akan tetapi, yang amat tak bestnya...kesemua jawapan yang saya jawab terlalulah mengecewakan hati saya ni... (dah mula terpengaruh dgn prediction macam tu)

dan saya amatlah tak sukanya...i'm not that type of girl...tipuu...tipuu..dan penipu...
mana ada..haishh...

baiklah..fenomena main tick tick lepas tu kira kira dan lihat hasilnya...sebenarnya dah lama bertapak..tak silap saya, sejak saya tingkatan 1 saya mula diperkenalkan oleh rakan dengan majalah, buku seperti itu..

apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah, janganlah mudah percaya dengan benda alah macam tu...jangan terlalu bersikap jumud dengan ramalan seperti itu...

yang pasti, kita lebih mengenali diri kita sendiri (bukan majalah ok!)
anda sendiri tahu, adakah anda seorang yang curang atau tidak? berdasrkan pergaulan anda, jika anda sudah mempunyai pasangan dan anda bergaul dengan rakan sekelas berlainan jantina..apakah itu sudah boleh dilabel sebagai 'tidak setia'? apakah? 

sangat sangat mengarut pada pandangan saya...oleh itu, pandai pandailah bawa diri masing masing..kita telah diterapkan dengan budaya timur dalam diri sejak dari kecil lagi..tidak perlu diubah atau ditokok tambah dengan budaya negatif.. ^__^

pocketNOTE : sekadar pandangan dari saya...setiap orang ada pandangan berbeza beza kan? marah pula peminat majalah seantero dunia ni nanti.. soo..chill lahh.. 
salam mahabbah


No comments:

Post a Comment