mereka yang gorgeous


Saturday 8 June 2013

kumpulan darah muda


lihat kiri lihat kanan..lihat depan lihat belakang..ohh..ada rakan...ucap syukur dalam hati...masih ada lagi mereka salah satu kurniaan Tuhan..lihat sekali lagi...lihat lagi...menoleh dan terus menoleh...ehh...satu di belakang sudah tiada...tiada? ka manakah gerangannya si dia?? begini ceritanya......

kuliah...kuliah dan kuliah...sentiasa bersemadi buat si darah muda ini...sebagai acara sampingan dalam perlumbaan marathon ini terselit juga tugasan atau lebih popular dipanggil sebagai "assignment"..bak kata rakan si darah muda, "tak degree lah kalau tak ada aasignment!"

oleh itu demi menyahut seruan rakan si darah muda tadi dia pun bermulalah dengan langkah pertama..meniarap...merangkak..bertakteh....berjalan? ohh..belum lagi...si darah muda masih belum mampu berjalan lagi...bersamalah si darah muda dan rakan rakan sekuliah demi memenuhi tuntutan degree..

si darah muda mempunyai kumpulannya tersendiri..di sini si darah muda ingin menyatakan bahawa kerja berkumpulan itu kadangkala penuh suka dan duka....dan kini si darah muda semakin merasakan deritanya...mungkinkah kerana kesalahan itu datangnya dari si darah muda yang semakin hopeless? mungkin jua...namun si darah muda berharap ada istana madu buatnya di pengakhiran sem nanti....

penuh jari disusun wahai rakan si darah muda...sepuluh jari si darah muda ini ikut tunduk memohon keampunan kepada rakan jua taulan...


salam mahabbah

Wednesday 5 June 2013

..sehelai KERTAS itu..


dalam dalam mood study week ini rasa rasanya tiada yang lebih menjadi igauan buat si "darah muda"  hanya untuk menelaah mata pelajaran kononnya..pelbagai mata pelajaran yang mula satu, helai demi helaian diselak demi setitik ilmu buat minda yang kegersangan titisan ilmu..

apakah tuntutan ilmu itu? tuntutan ilmu itu hanya akan wujud setelah pengumuman tentang tarikh pengambilan slip peperiksaan di ruangan kantor pusat pengajian..maka berduyun duyunlah si darah muda bertandang demi berjumpa kerani di kantor tersebut untuk menunaikan janji menuntut sehelai slip masuk peperiksaan..

maka di kala senja melabuhkan tirainya segenap ruang penjuru di pusat wacana ilmu menjadi tumpuan bagi darah darah muda ini..begitu hebatnya penangan hanya sehelai kertas tersebut..yang keluar "berperang" kini kembali semula ke medan "jihad" sebenar kononnya...baru keterlihatan kemajuan kemajuan dalam kehidupan mereka selama bergelar si darah muda apabila menjejakkan kaki ke kaki lima pusat wacana ilmu ilmu itu...

demikianlah sorotan peristiwa tersebut adalah suatu fenomena yang akan berterusan membelenggu jiwa si darah muda ini...semoga si darah muda ini akan beroleh kebaikan dan keberhasilan yang menguntungkan hendak-NYA...insha Allah...

salam imtihaan..bittaufiq wanajjah.. 

 salam mahabbah

Tuesday 4 June 2013

Bila Rasa Bertandang



yang nyata, perkara tidak halal membuatkan kita lebih banyak memikirkan tentangnya berbanding perkara yang halal..sebagai contoh dalam perhubungan...kita ada couple, mungkin seperti bahagia di dasarnya..namun, sehingga satu tahap kita akan berasa dia harus menjadi milik kita..dan ini bukanlah sesuatu yang positif kerana ia terus-terusan membuatkan kita tertungu-tunggu...

*cetusan bebelan di malam hari

salam mahabbah