mereka yang gorgeous


Sunday 29 April 2012

kenduri kendara di rumah saudara... ^__^

ASSALAMUALAIKUM

cuaca hari ni panas sangat..sbenarnya bukan hari ni je..tapi dah dua tiga hari..heheh
semalam sibuk pergi kenduri kat rumah mak cik..kat pontian..huhu..
sangat2 penat...tapi,,alhamdulillah..kira awal jugak majlis habis...pukul 12 mlm
kami semua dah "landing" kat depan ramai2..hehe.. (keje memunggah pinggan mangkuk dah siap.. >.< )

tapi,,,itulahh..dah sibuk2 tu sampai terlupe pulak nak snap gambar banyak2...cume sempat 
snap gambar due org baby je..hehe.. (wajib...sebab diorang comel sangat..huhu)

nak tengok tak wajah comel diorang tu?? mesti nak kan?? hehe... waittt... loading....

TARAAA!!!

haha...comel tak?? comel kan...nama dia muhammad arsyad ar rayyan...dia sebenarnya nak ambik handphone yg saya pegang tu...hehe...dia tak takut orang tau..berbeza dgn budak comel lagi sorang tu..kejap eaa.....yang kat blakang tu mak saya..jadi tukang pegang..hehe...


haaaa!!! ni dia... >.<



geram je saya tengok si comel sorang ni...huhu..nama dia siti hajar.. ^^ 
dia tak nak dengan saya..(padahal saya dah buat muka sehabis comel tau..hihihi)



dan saya pun akhirnya give up untuk memujuk dia supaya pergi pada saya...dua2 baby ni umur 6 bulan...

baby saya???

tunggguuuu...lama lagi tau!
hehe

insyaallah.....

terima kasih sempat baca...

salam mahabbah... <3






Saturday 28 April 2012

tentang saya dan UUM

ASSALAMMUALAIKUM....


lama jugak saya menyepi dari buat apa2 entry...urmm..
lately...busy sangat2..dan penat..balik keja pukul 9 mlm..
buat tu..buat ini...dah pukul 10.30 malam...
dan waktu utk saya beradu...sebab esok nak kena pergi keje lagi awal2 pagi..
begitulah rutin hariannya.. >.<

tapi..dalam masa sibuk2 tu pun..sempat jugak saya "melencong"
ke KL..haha...
hehe..sebenarnya bukan saje2,,,,tapi ada interview kat sane..di UUM KL..
course ape???
ijazah sarjana muda kaunseling dengan kepujian...hahha
macam kelakar je?? tu laa..saya pun rasa macam tuu...
tapi...saya jugak yg apply coursse tu dulu... >.< heheh

macam2 lah yg prof2 tu tanye mase interview tu...rata2 berkisar tentang isu2 semasa..
(dah laa saya ni payah nak mengadap surat khabar...hehehhe )
 jadi..dgn berbekalkan sedikit ilmu pengetahuan yg ada, saya pun
menggagahkan diri dan beranikan lidah untuk bersuara tika ditanya,,,heheh
semua yg interview tu ada 6 org...semuanya dewi2..hehe..dan ada sorang calon ni
dari A Level...waahhh... (ternganga sebentar,,,nasib baik lalat tak singgah,,hehe)

rasa rendah diri pula saya... (dah laa saya memg tak berapa tinggi..hehe )
saya ni dari tingkatan 6 je.. sob..sob..
tapi....saya bangga..tak semua orang pilih tingkatan 6 ni tau...
sebab diorang tak tahu kelebihan masuk dan belajar di tingkatan 6.. ^^

dannn...sekarang...saya hanya mampu berdoa dan berharap agar
saya diterima untuk meneruskan pengajian di UUM..insyaallah..

seterusnyaa...yang terpentinggg...
mak cik saya dah berpesan...
"Teh, kalau kau dapat kat sana nanti cik ikot anta tau...
nak jalan2 kat bukit kayu hitam.."
hihihihi...
itulah antara agenda awal mereka...

namun..itu hanyalah perancangan..
ALLAH yang menentukan...
dan DIA lah sebaik-baik perancang...

Wallahua'lam... ^^

salam mahabbah...

Sunday 15 April 2012

cerita tentang lelaki pula...

ASSALAMUALAIKUM...


kalau nak yang baik, kita pun kena lah jadi yang terbaik...bukan cume berharap tanpa  apa2 tindakan.. ^__*

alhamdulillah...entry saya kali ini saya nak bercerita tentang lelaki pulak..hehehe..
nak tau sebab ape? sebab tadi ada orang bagi respon pada saya, blog saya ni asyik cerita tentang wanita je..dan terlalu islamic...yeke?? (bagi saya mane ada islamic sangat... >.< ) hehehe
dan..tiba2 saya nak bertukar cerita pulak... tak bestnya cerekarama hari ni... (mengkritik je tahunya..hehe)
haa...yee...entry kali ni saya nak hayati pulak tentang kelebihan lelaki dalam islam..
bukan wanita je yang diberi kelebihan tau...itu bukti yang ALLAH MAHA ADIL...
setiap makhluk ciptaan-NYA mempunyai kelebihan dan kebaikan..alhamdulillah..

oleh yang demikian...terimalah.. (ececeh...guna penanda wacana tu.. >.< )


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.


kesimpulannya.....
setiap dari kita mempunyai kelebihan tersendiri tak kira lelaki atau wanita..tetapi perlu diingat bahawa lelaki sentiasa mendahului wanita contohnya, sebagai ayah, abang, suami, datuk dan sebagainya.. ^__^

p/S : saya bukan lakukan diskriminasi gender tau walau pun entry saya banyak berkisar tentang wanita sahaja... hehehe

tadah lah tangan dan mohonlah segala kebaikan dari-NYA..

alhamdulillah... terima kasih sudi baca.. ^__^

jazakallahu khairan..

salam mahabbah...

Saturday 14 April 2012

orang perantaraan??

ASSALAMUALAIKUM..




baru sekejap tadi ada sahabat 'memvibratekan' handphone saya... (tanda mesej masuk la tu..tak ada bunyi, vibrate je..) hehe..
isi mesej dia ialah... jeng..jeng..jeng...

"salam..uit, nanti kalau aq nak jumpe mak ***** ko tmankan aq ea... ko kan org perantaraan.. bole? "
dan... zuuppp! terus terlintas di fikiran saya.....

"waahh! saya orang perantaraan? bagai mahu meminang gamaknya? hehehe"

adakah khidmat saya diperlukan untuk pergi meminang anak dara orang?? (walhal saya sendiri belum dipinang..sob..sob..sedih kononnya)
hehehe..tak laahh..bukan macam tu niat sahabat saya..dia cuma nak berkenalan dengan keluarga wanita tersebut... boleh juga diklasifikasikan sbg ta'aruf session...
sebut tentang ta'aruf ni....tadi saya ter rajin lah google2 sikit nak cari tentang ta'aruf...
jom bace..saya nak share dengan kamu..kamu..dan..kamu semua makna ta'aruf yg sebenar dalam islam..
sebab ramai terutamanya golongan remaja sekarang yang mensinonimkan ta'aruf dengan couple..
jom tengok perbezaannya... (peringatan buat diri ini juga..insyaallah..)



Pacaran : adalah budaya orang orang jahil yang tanpa melalu tertib tetap yang cenderung menghalalkan segala cara.

Contoh. Boleh jalan berdua,boleh berzina,boleh kapanpun bermaksiat,boleh sembunyi sembunyi dari orang tua,bebas berbohong,bebas berangan angan,bebas berandai andai. tak ada aturan yang mengikat.

Ta'aruf: perkenalan laki laki kepada wanita adalah yang dibolehkan dalam islam,dengan syarat dan tata cara tertentu dengan tertib yang tetap.

Contoh: harus diketahui wali perempuan,tidak boleh berbohong,niat harus benar,tidak boleh jalan berdua,tidak boleh pegangan tangan apalagi berzina,melihat hanya boleh wajah dan telapak tangan.

Jadi pacaran dalam islam jelas tidak ada. Istilah pacaran tidak ada dalam islam.
Kita sama sama mengingatkan untuk kebaikan. Untuk mendapatkan kebaikan dan kemuliaan dunia akherat harus dengan cara yang baik dan mulia juga..


jadi...anda..anda..dan anda juga dah baca kan?? alhamdulillah..semoga ilmu yang saya kongsi ini membawa manfaat...insyaallah.. ^__^



(kalau ada yg dah "tercouple" tu faham2 lah yee..jika nak keberkatan sila lah undur2 balik.. ALLAH suka sangat orang yg berubah kerana-NYA..)

salam mahabbah..

alhamdulillah..untunglaa jadi wanita... ^_^

alhamdulillah..untungnya saya jadi seorang wanita..dulu selalu dengar orang merungut,,susah jadi wanita ni...serba serbi nak kena jaga..tapi sebenarnya, ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita sebagai wanita..gembiranya saya jadi wanita! hehe
tanpa sedar banyak nikmat yang ALLAH dah kurniakan pada kita wanita (lelaki jgn jealous ea).. hehe
banyak buku, majalah hatta blog dan fesbuk sekali pun yang saya baca menceritakan tentang kelebihan wanita... subhanallah... cantik sungguh percaturan ALLAH..

haa...ni tadi saya jalan-jalan skodeng fesbuk orang...dapat laa jugak sedikit info..meh laa bace,,,
saya nak share ni..heheh

"sharing is caring but not everything! " hehe
banyak pulak celoteh saya ni.. >.<
bacelahh... pas tu jangan lupe say, "ALHAMDULILLAH" ye adik2, kakak2 n makcik2... >,<

SEBAB2 PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM....

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
SUBHANALLAH!



untungnya dapat family macam ni..berkat rumah tangga kan??



haa..dah bacekan... suke tak? suke tak? heheh

kalau saya, saya suka sangat sangat dan sangat.. (ehh..over excited pulak) 

btw...alhamdulillah n trima kasih sudi bace... 

salam mahabbah..

jazakallahu khairan...

Friday 13 April 2012

awak imbasan itu......

 

 

♥ semakin lama saya menyedari bahawa saya ternyata tidak layak untuk berada di samping awak.. dan walaupun setiap hari menghampiri acapkali saya berdoa agar kita bersua semula, saya tetap jua sematkan dalam jiwa, awak hanyalah imbasan terbaik masa lalu saya.. sesungguhya hidayah itu milik ALLAH SWT.. namun NUR itu telah awak hidupkan dalam jiwa saya.. 

TERIMA KASIH YA ALLAH.. ♥

orang selalu kata kalau ada jodoh tak ke mane.. jadi tak perlula saya risau sesangat sebab, ALLAH dah aturkan yg cantik dan terbaik buat saya... insyaallah.. <3