mereka yang gorgeous


Sunday, 15 April 2012

cerita tentang lelaki pula...

ASSALAMUALAIKUM...


kalau nak yang baik, kita pun kena lah jadi yang terbaik...bukan cume berharap tanpa  apa2 tindakan.. ^__*

alhamdulillah...entry saya kali ini saya nak bercerita tentang lelaki pulak..hehehe..
nak tau sebab ape? sebab tadi ada orang bagi respon pada saya, blog saya ni asyik cerita tentang wanita je..dan terlalu islamic...yeke?? (bagi saya mane ada islamic sangat... >.< ) hehehe
dan..tiba2 saya nak bertukar cerita pulak... tak bestnya cerekarama hari ni... (mengkritik je tahunya..hehe)
haa...yee...entry kali ni saya nak hayati pulak tentang kelebihan lelaki dalam islam..
bukan wanita je yang diberi kelebihan tau...itu bukti yang ALLAH MAHA ADIL...
setiap makhluk ciptaan-NYA mempunyai kelebihan dan kebaikan..alhamdulillah..

oleh yang demikian...terimalah.. (ececeh...guna penanda wacana tu.. >.< )


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.


kesimpulannya.....
setiap dari kita mempunyai kelebihan tersendiri tak kira lelaki atau wanita..tetapi perlu diingat bahawa lelaki sentiasa mendahului wanita contohnya, sebagai ayah, abang, suami, datuk dan sebagainya.. ^__^

p/S : saya bukan lakukan diskriminasi gender tau walau pun entry saya banyak berkisar tentang wanita sahaja... hehehe

tadah lah tangan dan mohonlah segala kebaikan dari-NYA..

alhamdulillah... terima kasih sudi baca.. ^__^

jazakallahu khairan..

salam mahabbah...

No comments:

Post a Comment