mereka yang gorgeous


Saturday, 14 April 2012

orang perantaraan??

ASSALAMUALAIKUM..




baru sekejap tadi ada sahabat 'memvibratekan' handphone saya... (tanda mesej masuk la tu..tak ada bunyi, vibrate je..) hehe..
isi mesej dia ialah... jeng..jeng..jeng...

"salam..uit, nanti kalau aq nak jumpe mak ***** ko tmankan aq ea... ko kan org perantaraan.. bole? "
dan... zuuppp! terus terlintas di fikiran saya.....

"waahh! saya orang perantaraan? bagai mahu meminang gamaknya? hehehe"

adakah khidmat saya diperlukan untuk pergi meminang anak dara orang?? (walhal saya sendiri belum dipinang..sob..sob..sedih kononnya)
hehehe..tak laahh..bukan macam tu niat sahabat saya..dia cuma nak berkenalan dengan keluarga wanita tersebut... boleh juga diklasifikasikan sbg ta'aruf session...
sebut tentang ta'aruf ni....tadi saya ter rajin lah google2 sikit nak cari tentang ta'aruf...
jom bace..saya nak share dengan kamu..kamu..dan..kamu semua makna ta'aruf yg sebenar dalam islam..
sebab ramai terutamanya golongan remaja sekarang yang mensinonimkan ta'aruf dengan couple..
jom tengok perbezaannya... (peringatan buat diri ini juga..insyaallah..)



Pacaran : adalah budaya orang orang jahil yang tanpa melalu tertib tetap yang cenderung menghalalkan segala cara.

Contoh. Boleh jalan berdua,boleh berzina,boleh kapanpun bermaksiat,boleh sembunyi sembunyi dari orang tua,bebas berbohong,bebas berangan angan,bebas berandai andai. tak ada aturan yang mengikat.

Ta'aruf: perkenalan laki laki kepada wanita adalah yang dibolehkan dalam islam,dengan syarat dan tata cara tertentu dengan tertib yang tetap.

Contoh: harus diketahui wali perempuan,tidak boleh berbohong,niat harus benar,tidak boleh jalan berdua,tidak boleh pegangan tangan apalagi berzina,melihat hanya boleh wajah dan telapak tangan.

Jadi pacaran dalam islam jelas tidak ada. Istilah pacaran tidak ada dalam islam.
Kita sama sama mengingatkan untuk kebaikan. Untuk mendapatkan kebaikan dan kemuliaan dunia akherat harus dengan cara yang baik dan mulia juga..


jadi...anda..anda..dan anda juga dah baca kan?? alhamdulillah..semoga ilmu yang saya kongsi ini membawa manfaat...insyaallah.. ^__^



(kalau ada yg dah "tercouple" tu faham2 lah yee..jika nak keberkatan sila lah undur2 balik.. ALLAH suka sangat orang yg berubah kerana-NYA..)

salam mahabbah..

No comments:

Post a Comment