mereka yang gorgeous


Monday, 10 December 2012

MERISIK ITU BERTUNANG


Masyarakat Melayu masih ada yang mengamalkan budaya merisik meskipun rata-rata pasangan hari ini terus bertunang. Kebiasaannya merisik ini, pihak lelaki akan datang untuk bertanya status wanita dan akhirnya akan memberikan cincin (yang lebih simple bentuknya dari cincin tunang) sebagai tanda mengikat sebelum mereka datang lagi sekali untuk bertunang.

Di dalam Islam, jika ke
dua pihak lelaki, perempuan dan wali sudah bersetuju untuk dikahwinkan pasangan itu, mengikut fiqh, mereka sudahpun diiktiraf sebagai TUNANG atau pinangan orang. Terdapat pandangan ulama yang lebih linean lagi yang mengatakan, persetujuan wanita meskipun tanpa persetujuan wali pun sudah dikira sebagai tunang.

Maka perbuatan merisik itu, apabila persetujuan dicapai, maka mengikut hukum, sudah dikira sebagai bertunang! Meskipun anda melabel dengan pelbagai nama, merisik ke, bertundang ke, bertendang ke, ia tetap tidak akan mengubah hakikat bahawa pasangan itu sudah bertunang.

Terdapat kaedah usul fiqh yang berkait dengan mengubah nama tidak mengubah hakikat. Seperti contoh, anda membancuh air sirap, meskipun anda menukar nama air itu kepada arak, hakikatnya ia tetap juga air sirap dan tidak mungkin akan berubah hakikat menjadi air arak dan tak mungkin ia akan jadi haram diminum kerana hakikatnya ia tetap air sirap. Mengubah nama tidak mengubah hakikat.

Sama juga dengan perlakuan merisik, segala perlakuan itu maqasid nya untuk mengikat pasangan tersebut, maka objektif itu sama dengan bertunang dan itulah hakikatnya, pasangan itu mengikut hukum sudah dikira sebagai bertunang. Tukarlah nama apapun, 'berlinang' kah, mereka tetap juga sudah dikira sebagai bertunang.

Moralnya, orang yang merisik ni bertunang dua kali.




*terjumpa artikel ni kat dalam fb..macam menarik pula untuk dikongsi... (ehh..macam pantun pulak)






salam mahabbah 

No comments:

Post a Comment