saya yakin dan pasti ramai antara kita semua masih lagi
meraba raba tentang keindahan seni berbahasa yang terkandung dalam
BAHASA MELAYU kita...
menjalar semut di atas titi,
hendak bersarang di sebelah sana,
senyum manis seribu seri,
hilang segala gundah gulana.
dan...saya tahu 'anda' jua begitu...
saya mahu 'anda' tahu bahawa keindahan bicara itu terletak pada
bahasa yang digunakan...
saya juga anak JOHOR ♥ |
buku inilah yang saya baca dan berjaya menggamit naluri...
so....
sebagai penghargaan saya nak publish sikit pantun pantun yang terdapat dalam buku ni..
amat menarik..dan rugi jika anda PEMINAT karya sastera tetapi anda terlepas pandang akan karya ini.. ^__^
molek terukir si labu sayung,
diisi air menjadi sejuk,
kita rindu tidak tertanggung,
bagai tak sanggup menunggu esok.
terang kamar dinyala pelita
pelita datang dari Sailan,
andai tuan kasihkan kita,
walau sekejap dilupa jangan.
lukajari tertusuk sembilu,
pedih ngilu tidak tertahan,
berat sungguh dugaan merindu,
bagai nyawa bercera badan.
lama berlayar tak jumpa tepi,
akhirnya lelah bertemu daratan,
kalau mahir menjadi isteri,
tak suami jauh dari Tuhan.
♥ pocketNOTE : pantun ni untuk kamu..ada kiasan disebalik kata..harap kamu mengerti.. ^_^
♥♥ terima kasih sudi baca ♥♥
No comments:
Post a Comment