hari isnin merupakan hari yang amat saya tunggu tunggu...macam tak sabar pulak..bila nak hari isnin? bila nak hari isnin?? nak tahu kenapa?? sebab.....
hari isnin kami semua akan ke Penerbit UKM dan belajar dgn Prof K...haha.. my favourite lecturer..
mula mula saya tengok muka dia... "wahh! aku belajar dengan twin A. Samad Said ke??" hahha
but, seriously his face exactly like A. Samad Said.. (tak dapat belajar dengan A. Samad Said, dengan 'kembar' dia pun jadi lahh..heheh >.<")
beliau ialah lecturer Antropologi kami.. ape pulak tu antropologi?? hahaha..kalau nak tahu serba sedikit tentang antropologi jemputlah tengok di sini...masa mula mula dapat tawaran buat program Antropologi & Sosiologi ni, kepala dah pening amat,,aduyai..what type of course is this? never heard before...hahha
we have to read its preface..tapi sorang pun tak faham ..hehe |
ok..ok..behave..berbalik pada topik asal...saya bukan nak membebel pengenalan pasal antropologi, tapi saya nak anda tahu yang program ni amat amatlah best dan menarik..semua benda yang kita tak tahu bakal kita ketahui..insyaallah..
btw, kami diberi tugasan untuk buat satu kajian berkenaan magic pada di abad ke-21 ni berpandukan buku di atas..mampukah kami menjana minda dan idea untuk menjadi seperti James Frazer?? haaa..persoalan menggugah minda kan??
saya dah dapat ahli kumpulan yang terdiri dari saya sendiri, cik Novy gadis borneo, mek Linda dan seorang teruna kenyalang iaitu Yus.. bincang..bincang..dan..bincang..pelbagai ide lah yang keluar..tentang saka lah, zombi lah..haha..kelakar..tapi, kemungkinan besar kata sepakat dari kami akan mengkaji tentang masyarakat Toradja di kepulauan Sulawesi, Indonesia..mengenai cara pengkebumian dalam masyarakat mereka atau dikenali sebagai "Rambu Solo".. (bersemangat kental lah kononnya nak jadi anthropologist ni.. hehe >.<")
dari apa yang saya tahu,ritual pengkebumian dalam masyarakat mereka agak unik dan aneh..jadi macam seronok je kalau dapat buat research tentang ritual pengkebumian masyarakat tersebut..google punye google..search punye search..macam macam lah yeng keluar, especially gambar gambar mereka..nak tengok tak??
ni bukan pesta perkahwinan tau, tapi pesta penghormatan terakhir buat si mati =) |
penari dan pemuzik mengiringi upacara kematian |
haiwan akan dikorbankan untuk upacara "Rambu Solo" |
keranda yang dipahat berbentuk haiwan berisi mayat dimasukkan ke dalam tebing gua |
cara keranda dibawa naik untuk dimakamkan di dalam tebing gua |
ok...cukuplah sikit sikit je dulu sebagai pengenalan..hehe...kalau kamu semua nak tahu lebih lanjut, bolehlah jenguk jenguk dekat link link pautan saya ni,
- http://halotoraja.wordpress.com/2010/07/09/makalah-rambu-solo-upacara-kematian-di-tana-toraja/
- http://jayaditadungallo.blogspot.com/
cubalah rajin rajin kan jari untuk klik di situ ye... hehehe ^__^
pocketNOTE : i'm fallin in love in this subject..<3 teringat dulu masa baru baru dapat tawaran ni mesti orang tanya, "nanti dah keluar kerja apa?" hahhaa..sampai sekarang tak dapat nak rungkai persoalan mereka tu... ^__^'
salam mahabbah..terima kasih sudi baca ^__^
No comments:
Post a Comment