mereka yang gorgeous

Sunday, 21 October 2012

RAIN ♥ TEARS



suatu hari wanita dan lelaki berbual..dan si lelaki bertanya...

"boleh tak kalau saya nak cakap sesuatu? tapi saya takut akan buat kita bergaduh"

"apa dia? cakap je lah.."

"umm..tak apalah..mungkin lain kali..."

"tapi saya rasa awak perlu cakap sekarang.."

"ummm....."

"kenapa diam? cakaplah..."

"umm..saya tak tahu kenapa setiap kali saya sakit 'dia' akan call saya..macam dia tahu tahu je..minggu lepas saya tak sihat pun dia call saya juga..ni pun dia call saya lah ni.."

"ohh....ummm...mungkin ada 'chemistry' antara kamu berdua..kenapa tak angkat? angkatlah..kesian dia call awak tak angkat.."

"ohh..tak apa lah.."

"angkat je lah..kesian dia..."

suasana sunyi seketika......
tak lama kemudian wanita bersuara semula....

"hujan lagi..saya nak main hujan lah.."

"tak boleh..awak tak boleh main hujan.."

"awak tahu kenapa saya suka main hujan? sebab, dengan air hujan yang turun tu orang tak kan perasan yang saya sedang menangis sebenarnya..."

"awak pernah dengar lagu sebuah lagu ni? kat dalam lagu tu ada budak budak..dan ada seorang perempuan yang sedang menangis dalam hujan..seorang lelaki datang pada dia dan menegur, 'awak menangis ke?' perempuan tu menjawab, 'tak lah..saya tak menangis..kan hujan ni..' kemudian lelaki tersebut bersuara lagi, 'ya, awak sedang menangis...saya tahu..mungkin awak boleh tipu orang lain, tapi tidak saya..' awak tahu kenapa? sebab lelaki tu sukakan perempuan tu.."

wanita kemudian bermonolog di dalam hati...

'mungkin secara zahirnya lelaki tersebut tahu perempuan itu sedang menangis tetapi, dia tidak mengerti untuk apakah tangisan itu...'


pocketNOTE : saat seorang wanita mula menangisi dirimu, itu bererti kamu berjaya mencuit ke dasar hatinya...dan begitulah sebaliknya..

salam mahabbah... <3

No comments:

Post a Comment