mereka yang gorgeous


Monday 31 December 2012

2o12 kata PERGI, 2o13 kata MARI



hari ini confirm ramai sangat yang buat entry pasal menjelangnya tahun baru 2013..termasuklah saya juga yang termasuk dalam golongan mereka tu..kiranya macam ni entry terakhir lah untuk tahun 2012 ni...sebab esok kita dah masuk tahun 2013..welkem new baby born, 2013.. :p

walaupun 2012 merangkak pergi, namun banyak benda yang berlaku dalam perjalanan hidup saya selama 20 tahun di bumi Allah ni...22 februari nanti dah 21 tahun..so..korang korang semua silakanlah dari sekarang dah boleh fikir fikir dan standby hadiah untuk saya..hikhikk.. (tunggu hadiah yang lebih bermakna dari seseorang kot?)





sejujurnya,banyak benda yang saya kena angkut dari tahun 2012 ke 2013 ni..sebab apa? sebab banyak yang terpostponed...saya percaya korang pun ramai yang macam tu kan..haha..agenda agenda tersebut perlulah dianjak ke tahun yang berikutnya..nak tinggalkan? no way..mana boleh..buat kerja jangan separuh jalan..walaupun korang rasa perlu dilupakan sebab dah menginjak ke tahun baru, ia harus diteruskan...


ada orang kata tahun ini lebih banyak pahit dari manisnya, dan juga sebaliknya..tapi bagi saya..dua dua tu ada..tak kanlah sepanjang tahun korang asyik dapat bad luck je kan? tak kan lah menangis berduka setiap hari kan? tipulah..mesti ada saat korang tertawa gembira jugak..ada hari yang korang berbahagia...betul ke tidak? haha

dan, normally masuk je tirai baru ni orang ramai pun mulalah dengan azam baru yang mereka cipta tu.. (padahal, azam yang lepas pun tak buat buat lagi)...nak begitu..nak begini dan bla bla bla....kalau tanya saya?   umm...macam tak ada je azam... (teruk kau amah..azam pun tak ada)  entahlah...sememangnya begitu sejak dulu..bukan bererti saya nak duduk je di takuk lama..tapi, kenapa mesti nak tunggu tahun baru, dan azam pun mesti baru? korang terfikir tak?bukan nak provoke ye...

sebab bagi saya azam dan perubahan tu sentiasa ada..tak ada due date...macam ada due date lah pulak, tahun ni aku mesti buat macam ni..so, akhir tahun nanti aku dah dapat resultnya...errk?? macam tu ke? tak lahh..haha...just pendapat saya je..terpulanglah pada korang semua kan..tapi saya, memang tak ada azam...kalau harapan itu mungkin..iaitu harapan yang tak tertunai pada tahun 2012 ni..

orang kata tahun baru so bukak buku baru...habis tu, kalau buku tu banyak lagi ruang kosong tak kan nak buang kan? pembaziran itu amalan syaitan..haha..gunakanlah buku yang lama tu walaupun ia nampak buruk dan usang..korang sendri lah yang kena pandai pandai nak touch up supaya ia jadi menarik dan selesa dipandang..ye dop? tak yah membazir beli buku baru..okeh? (pesanan penaja :p)

akhir kata....SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU untuk korang semua...tak lupa jugak, SELAMAT HARI LAHIR UNTUK coursemate saya, Siti Nurfaizura, yang ke 21..dan kawan kawan yang menyambut hari lahir pada bulan Januari ni... ^__^
*doakan saya untuk final exam yang bakal start pada 2 Jan 2013 ni nanti ye... ^__^



salam mahabbah



Friday 21 December 2012

saya nak tahu kod I/C lah?

Assalamualaikum..

hai..huhuii..tak tahulah kenapa petang petang macam ni tetibe saya menjadi seorang yang ala ala kepoh pulak..bukan kepoh apa...sibuk nak tahu kod I/C setiap negeri..korang rasa penting ke?? entahlah..saya pun tak tahu penting ke tak untuk menghafal, tapi kalau setakat nak tahu tu maybe ok kot..huhu...

meh la kite tengok nun di bawah tu haa... (macam jauh sangat je kan)


 Johor
01, 21, 22, 23, 24
 Kedah
02, 25, 26, 27
 Kelantan
03, 28, 29
 Melaka
04, 30
 Negeri Sembilan
05, 31, 59
 Pahang
06, 32, 33
 Pulau Pinang
07, 34, 35
 Perak
08, 36, 37, 38 , 39
 Perlis
09, 40
 Selangor
10, 41, 42, 43, 44
Terengganu
11, 45, 46
 Sabah
12, 47, 48, 49
 Sarawak
13, 50, 51, 52, 53
 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
14, 54, 55, 56, 57
 Wilayah Persekutuan (Labuan)
15, 58
 Wilayah Persekutuan (Putrajaya)
16
 Negeri Tidak Diketahui
82

source ; Jabatan Pendaftaran Negara..

*soo..korang punye yang mane?? haha...saya punya yang paling awal tu haa.. proud to be Johorean.. ^_^

saya kepoh nak tahu sangat sebab jumpe I/C orang kod die "33"..ehh?? ada ke? macam tak pernah jumpe je? tu yang main main dengan pak cik google ni..hihihi..neway, minggu ni study week..minggu depan dah start  final untuk sem 1 Tahun 1 dan lepas tu cuti! yahoo!..soo..korang korang semua doakan saya ehh?? (hope dekan..hihi)  insha Allah... sayang korang semua.. <3 <3 <3




classmate saya a.k.a ANSOSIANS..cube teka yang mane saya? heheh  ^__^  *sumber gambar, cik idaedani...

tamat sudah semester satu.........


salam mahabbah..

Thursday 13 December 2012

di sudut hati..

Ketika engkau jatuh cinta jangan berjanji untuk 'tidak menyakiti', tapi 'BERTAHAN' lah walau salah satu di antaranya ada yang 'tersakiti' ...

Mencintai bukan selamanya bahagia, namun yang namanya 'jatuh' sudah pasti akan mengalami kesakitan-kesakitan di dalamnya.

Dimana masa-masa sulit saat engkau harus menanti calon kekasih halalmu, dimana pasti banyak rintangan dan cobaan untuk mengistiqomahkan hati.

Maka... Bersabarlah duhai diri.
Yakinkan dalam hati hanya untuk seorang saja...

Berdoalah kepada Sang Pemilik Cinta, serahkan kepada-Nya dan berharaplah hanya kepada-Nya saja.

Belajarlah untuk mencintai-Nya dengan ketulusan dan keikhlasan, maka akan Dia berikan ketulusan cinta untukmu yang sesuai dengan kadar keimananmu. Karena jodoh kita, adalah cerminan diri kita...

Bertahanlah... Meski ombak dilautan menghempas, tapi cinta bersandar kepada Allah akan menguatkan 'keimanan'..cinta kita..

♥ Cinta Dalam Islam ♥







artikel dari facebook yang memberi kesan pada hati..tatkala memerlukan keyakinan untuk terus 'berdiri'...




salam mahabbah

inventori saya...

Assalamualaikum..


entry hari ni sebenarnya dah lama nak cerita kat sini...tetapi disebabkan beberapa kekangan (cekonon bizi sangat) so, barulah hari ini dia menjengah ke blog..alasan bole diterima pakai tak?? okeh..memang tak, abaikan je..hehe

ni nak cerita sikit pengalaman masa meeting Sekretariat Kebajikan hari tu..saya ni memang suka buat kerja kerja kebajikan..basuh tandas, sapu koridor, cuci sinki..semua tu saya rajin je nak buat *better korang abaikan sebab merapu je semua tu..haha..lepas je meeting tu ada kakak ni mintak kitorang buat satu inventori, Inventori Personaliti Sidek..saya selalu je dengar tapi tak pernah tergerak hati pulak nak buat..kakak tu nama dia Kak Fini student Psikologi (ohh..patut pun..hihi), comel je orangnya..haruslah secomel saya kan...

banyak amat kot soalan dia..lebih kurang 160 soalan laa..saya pun menjawab dengan penuh bersungguh sungguh..cekonon macam nak jawab soalan exam lah..padahal time exam tak lah excited macam tu skali..haha..lepas semua orang dah siap buat, kakak tu pun wajiblah terangkan satu persatu tentang Tret Personaliti yang ada kan..meh..sini saya nak kabar kat korang semua ;


  • Agresif - orang yang agresif selalunya bersikap kritikal
  • Analitikal - suka menganalisa, fikir dulu sebelum bertindak, sensitif pada persekitaran
  • Autonomi - sukakan kebebasan, sifat mengawal itu tinggi..~sesuai jadi boss..hihi
  • Bersandar - bergantung pada orang lain, perlukan orang lain untuk buat keputusan
  • Ekstrovert - friendly @ peramah, suka bersama ramai orang, tak suka bersendirian
  • Intelektual - sukakan cabaran, tidak menggemari benda2 praktikal, teori, struktur dan kemahiran
  • Introvert - tak suka tempat yang sesak ramai orang, prefer untuk bersendiri mungkin lehih baik..hihi
  • Kepelbagaian - sukakan benda yang baru dan perubahan, adventurous
  • Ketahanan - kuat dari segi emosi,fizikal, mental..bermotivasi tinggi, takkan berhenti separuh jalan
  • Kritik-diri _ jika berlaku sesuatu sering menyalahkan diri sendiri.
  • Mengawal - suka memimpin, tak suka dengararahan dari orang lain
  • Menolong - suka tolong orang, cepat simpati pada orang lain,kasih sayang melimpah ruah
  • Sokongan - sentiasa ingin disayangi, nak perhatian lebih
  • Struktur - sangat sukakan kekemasan dan benda2 berstruktur, bermotivasi tinggi, berjadual
  • Pencapaian - pentingkan kejayaan, kuat berusaha
  • Kejujuran - buat dulu baru tahu..hahah  :p


soo..itu semua ulasan yang saya sempat salin dari penerangan Kak Fini..kalau nak tahu lebih lanjut, korang try lah buat untuk korang punye...nanti kita share & compare the result...dan, kecemerlangan saya amat berganda ganda pada tret analitikal, bersandar, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, menolong, struktur, pencapaian dan kejujuran...


salam mahabbah ^__^

Monday 10 December 2012

MERISIK ITU BERTUNANG


Masyarakat Melayu masih ada yang mengamalkan budaya merisik meskipun rata-rata pasangan hari ini terus bertunang. Kebiasaannya merisik ini, pihak lelaki akan datang untuk bertanya status wanita dan akhirnya akan memberikan cincin (yang lebih simple bentuknya dari cincin tunang) sebagai tanda mengikat sebelum mereka datang lagi sekali untuk bertunang.

Di dalam Islam, jika ke
dua pihak lelaki, perempuan dan wali sudah bersetuju untuk dikahwinkan pasangan itu, mengikut fiqh, mereka sudahpun diiktiraf sebagai TUNANG atau pinangan orang. Terdapat pandangan ulama yang lebih linean lagi yang mengatakan, persetujuan wanita meskipun tanpa persetujuan wali pun sudah dikira sebagai tunang.

Maka perbuatan merisik itu, apabila persetujuan dicapai, maka mengikut hukum, sudah dikira sebagai bertunang! Meskipun anda melabel dengan pelbagai nama, merisik ke, bertundang ke, bertendang ke, ia tetap tidak akan mengubah hakikat bahawa pasangan itu sudah bertunang.

Terdapat kaedah usul fiqh yang berkait dengan mengubah nama tidak mengubah hakikat. Seperti contoh, anda membancuh air sirap, meskipun anda menukar nama air itu kepada arak, hakikatnya ia tetap juga air sirap dan tidak mungkin akan berubah hakikat menjadi air arak dan tak mungkin ia akan jadi haram diminum kerana hakikatnya ia tetap air sirap. Mengubah nama tidak mengubah hakikat.

Sama juga dengan perlakuan merisik, segala perlakuan itu maqasid nya untuk mengikat pasangan tersebut, maka objektif itu sama dengan bertunang dan itulah hakikatnya, pasangan itu mengikut hukum sudah dikira sebagai bertunang. Tukarlah nama apapun, 'berlinang' kah, mereka tetap juga sudah dikira sebagai bertunang.

Moralnya, orang yang merisik ni bertunang dua kali.




*terjumpa artikel ni kat dalam fb..macam menarik pula untuk dikongsi... (ehh..macam pantun pulak)






salam mahabbah 

Sunday 9 December 2012

NILAI

selama ni apa yang terjadi antara kami tak pernah saya luahkan pada emak..mungkin kali ini dah sampai waktunya saya berkongsi luahan pada emak..emak lebih mengenali anaknya..seorang emak tak kan membiarkan anaknya begitu sahaja...

mungkin terlewat untuk memahami..ibu ialah sahabat yang terbaik...nalurinya tiada batasan..maaf mak, sebab buat mak rasa kecewa..pasti kekecewaan itu semakin bertapak terhadap anaknya yang seorang ini..telah kuluahkan segalanya pada emak..emak kata, itu semua salahku...ya..aku akui salahku...

selama ini saya lebih mempercayai kawan di sekeliling berbanding emak...dengan umurku yang baru setahun jagung dan bertatih mengenali dunia, aku perlukan bimbingan..ya, bimbingan..

teringat pula, post seorang rakan di facebook :

apabila seorang lelaki itu sanggup mengorbankan kepentingan peribadinya kerana seorang wanita.itu bermakna lelaki itu benar-benar menyintai wanita tersebut. 

~~DR CINTA~~ ^_^


dan saya bertanya padanya :

saya : Betul ke Anwar? 
Anwar : Ye lah.. 
saya : Mane kau tahu?
Anwar : Ha'ahh..sebab aku kan perempuan..sebab tu la aku tak tahu..hehe (bergurau)
saya : Kau perempuan meyh? (rasa tertipu)
Anwar : Dah tu tanya soalan macam aku bukan lelaki...

bukan kerana anwar saya mula percaya, tetapi setelah melihat tidak tanduk seseorang..ya..saya akui semua itu..dan apabila telah terlambat barulah kita sedar..manusia selalu begitu, hanya akan tersedar bila sudah terlewat...


"kita akan sedar yang kita sebenarnya menyintai seseorang apabila kita telah kehilangannya.."

dan..mengapa diriku berubah kini? terlalu drastik..sehingga emak sendiri bertanyakan soalan itu padaku.. walau apa pun..air mata ku tiada nilainya lagi......

nyanyi nyanyi dalam hati

kadang kadang kita tak dapat meneka apa yang ada dalam hati dan perasaan seseorang...sebab ia terlalu abstrak dan mungkin juga payah untuk difahami..saya tak menolak kadangkala ada yang menggunak medium penulisan atau pun melalui lagu-lagu yang diputarkan untuk mengekspresikan apa yang tersirat di benak sanubari..bukanlah untuk menidakkan kewujudan Allah S.W.T, tetapi mungkin jua sebagai salah satu cara... soo..enjoy the lirics!


Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami nedi surga nanti

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu

Hingga matahari tak terbit lagi

Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti

(Tuhan tolong aku, juga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti



next lagu pulak! lagu ni saya suka sebab ada dalam salah satu cerita P. Ramlee..macam ala ala comel gitu...  ^__^
mempersembahkan.....



Ala Payunglah payung, ketipang payung
Payung sutera 'nak raja muda
Ala tolonglah tolong, cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda

Daun mengkudu bercabanglah cabang

Tempat temasya semut serangga
Hatiku rindu... kepadalah abang
Menunggu masa berumah tangga

Batanglah padi si batang pinang

Pohonlah lada buahnya jarang
Kalaulah sudi.. lekaslah dipinang
Sebelum dinda diambil orang

Daunlah nipah ditebang-tebang

Batanglah padi aku luruskan
Kalaulah sudah... kepunyaan abang
Ke laut api aku turutkan



haha...tak kisahlah korang nak kata saya ni klasik ke, nasional ke..yang penting lagu lagu ni comel..okeh!  ^__^


p/S : tolong lebihkan fokus pada yang highlite tu ye awak!  >.<"



salam mahabbah  <3 <3 <3


Saturday 8 December 2012

sepetang bersama

Assalamualaikum......

petang petang yang indah permai ni sambil sambillayan lagu hindustan...errr?? sejak bila pandai layan lagu hindustan ni? siap gelek gelek lagi.. ohh..tak tu tipu je..saya ni sopan tahu, takkanlah sanggup buat macam tu...hihihi  *nampak benor nipunye....

ni semua berkat cik rumate, Muth sebab dia rajin bukak lagu hindustan dalam bilik selain mewarisi bakat ibuku yang suka sangat tengok citer hindustan..nak tahu tak?? semalam untuk kali pertamanya saya menjejakkan kaki ke Midvalley Megamall...atas jemputan kehormat dari cik Suleeyia a.k.a Su...soo..ala ala jakon jugak lah bila sampai tu..haha... :p

para pelakon :

* Su
* Leha
* Atul


meh tengok kronologi kejakonan terlampau kami kat bawah :




Yang merah tu Leha, yang kelabu tu Su.. :p
time ni tengah tunggu Atul beratur beli tiket wayang..
kitorang malas nak bersesak sesak dan menambah kepanjangan
barisan tu, so Atul lah dengan rela hati pegi beli
*padahal kitorang bagi duit je, die tak cakap pun rela...haha





ni nama dia pokok krismas (semua orang tahulah amah oii)
tengah diri diri tunggu tiket tu, gambar pokok krismas pun jadi..





Tu leha tengah berpeluk tubuh ala ala model tunggu atul..
hari jumaat pun ramai orang...ohh..yee..kitorang tengok movie
Breaking Dawn Part 2...melayan kan si atul yang meroyan nak sgt 
tengok cite tu..tapi...memang berbaloi la! best gile!
kalau korang belum tengok better korang gi tengok sekarang..ok? sekarang! 
hahaha  :p





lepas kua wayang terus cari toilet..maklumlahh macamane keadaan 
dalam tu kan..hahha..kalau bole nak bawak comforter..ehh??
see..apa yang berada di tengah tengah tu...soo..memang dah nampak
sangat lah kejakonannya di situ..ye laa..dekat UKM mana ada toilet yang 
letak simbol tu besar besar... leha laa yang beria ria amat nak bergambar kat situ.
cantik katanya..apa apa lah leha oii...saya snap je..haha
*kalau nak, request kat VC..hammbooii..macam lah dapat..haha..




sapa nak belanja saya makan kat sini?? angkat tangan!mewah gile..
terpesona diriku dengan keindahannnya..haha..metafora sungguh..
series..niat hati teringin nak naik dan posing posing gedik kat atas tu...
mesti korang pun nak kan..tak ya laa nak cover cover..hahhaa
tetapi, memandangkan kalau nak naik mestila kena makan kat situ kan..
soo..saya pun mematikanlah niat... 
(banyak duit ptptn kau amah nak makan kat situ..haha)




nak main piano dalma sangkar tu! nak main! nak main! *pang
korang bayangkan kalau tiba tiba ada jejaka mainkan lagu gune piano tu untuk korang,..
wahh..suweett... *dah cukup berangan




Su, Atul n Leha...
*saje fokus kat pondok tu jugak...
korang kena paham keinginan ku itu..haha  :p




ok, senyap jangan gelak atau kata apa apa..
ini sabotaj dari mereka...saya tak rendah tapi mereka yang tinggi..
ok!   =.="



Atul dan tepi pokok krismas...


Leha pun nak jugak.. hihi





Su pun jugak...dia kata kalau boleh nak panjat pokok tu..
ehh?? maaf, saje menambah..haha






sape ni? tak ada dalam list pun?
entah, tengok budak ni duk galak berposing saya pun snap je lahh..
hihi






suka gambar ni! lawa kot muka su! 











cuba cari atul di mana? 












okehh...lepas puas menggedik kat pokok krismas, destinsai seterusnya ialah
MPH boookstore..teruja gila saya tengok buku banyak banyak..
tak buang masa terus meninjau ninjau kawasan...haha




Atul tengah cari buku ape entah...khusyuk betul..huhu






Ehh..su jadi promoter??















ni kedai VCD pulak...saje masuk tapi tak beli ape pun..haha





hi! My name is Avina,..i'm from Iran..
i'm soo soo soo cute like sis Amah...err?? hahha
*dusshh!!

masa baru keluar dari Carrefour, kitorang duduk duduk kejap..lepaskan penat
sedang su, leha n atul bincang2 saya pun snap2 lah gambar budak ni..mak dia sibuk
berbual dia main sendiri je..lama pulak tu... ohh..ye..berbual bual dgn mak Avina,
diorang dari Iran, study kat UM...
dan..baru saya tahu bagi orang orang di sana (Iran), tak elok dukung baby..
sebab saya mtk kbenaran nak dukung Avina,tapi mak dia cakap macam tu..soo..
agak sedih jugakla..tapi, kita kena lah hormat orang kan?? hehhe
*no ethnocentrisme!
tak lama lepas tu, mak die tanya saya (maybe sebab saya galak sangat kot dgn anak die)
lebih kurang macam ni,
"are you married or single?"
me, "no,i'm single" sambil sengih sengih kerang
"u should married n u will have one"
me, tersimpul malu...(senyum sepanjang perjalanan) hahha  :p


*sebenarnya mula mula tak nak keluar..lepas tu macam terfikir duk dalam bilik sorang sorang amat membosankan...rumate pagi2 lagi dah cabut balik..hari selasa nanti baru balik katanya..nampak tak kebosanan saya di situ? dan hari ini malam kedua tinggal sorang sorang..kerinduan menggamit..nak balik Kulai!!!  



salam mahabbah


Monday 3 December 2012

air berasal dari dalam tanah ^__^

assalamualaikum dan selamat sejahtera...


eheemm...formal kan ayat kat atas tu..hehhe..mlam ni tak nak lah membebel panjang panjang kan...sebab dah penat...tunggu bas kat fakulti kesayangan tadi lebih dari satu jam..nak balik kolej...migrain tahap lapan! *uhh?? ada ke?

tu lah..kalau ada kenderaan sendiri macam bahagia je..tak payah nak tunggu bas lama lama...korang setuju tak?? hihihi...alaa...at least motor pun da kire bahagia kot kalau dapat..hahah..korang, korang dan korang semua kena lah belas kasihan sikit kat saya ni..(buat muka comel arnab) penat tau tunggu bas lama lama..tapi, membebel kat sini pun tak jalan jugak..sebab tak ada lesen motor..harap maklum dan jangan nak berangan..hahha :p  *saje nak provokasi

ok..tadi kata tak nak membebel, tapi dah dua perenggan masuk yang ketiga dah ni...hahha...oleh sebab, saya kepenatan sperti yang diceritakan di atas, saya cuma rajin rajin sikit je bermesra dengan uncle Google ni..hehe... jumpe jugak lah sesuatu menarik untuk dikongsikan... jom baca!



  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas


Sifat anak berunsur tanah
  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin
  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi 
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api. 
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui 
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok. 
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


terima kasih atas ihsan diberi..look!! air dan tanah.. :p



sooo....dah baca kan?? jadi, korang punye yang mane?? hehhe  

p/S : sukasuki je tau! jangan taksub sangat *pesanan penaja
saya dapat dari sini!

---->  *sooo...ape komen ANDA?? hihihihiiii... saya macam suka je..tapi, kenyataan yang pertama tu macam menimbulkan persoalan pulak?? huhu :p
salam mahabbah <3 <3 <3

Saturday 1 December 2012

how much u have??

assalamualaikum..
salam perpaduan, salam, harmoni, salam sayang dan bersalam salam... :p

mesti korang akan rasa pelik dengan entry kali ni... (macamlah ada orang kisah...huhu ) alaa..takpe..tak kira..pelik ke tak pelik ke korang kena jugak jaga hati cik penulis ni..soo...sila PELIK! haha *buruk perangai..


okey lah....selamaaa..... (kira jap..) baru nak masuk tiga bulan saya kat sini, saya semakin menggilap bakat saya sebagai pemerhati... (selama ni memang suka memerhati pun..orang je tak perasan..hihi)
tahu sebab apa? lama dah saya duk perhati jumlah kasut atau selipar yang berada di depan pintu bilik student kat sini... (tu belum campur yang disimpan dalam bilik atau bakal dibeli..haha) 



haa...nampak tak korang?? 
setiap bilik hanya ada 2 orang penghuni sahaja..
tapiii...kat depan pintu tu?? cer kira kalau rajin...haha
yang bersusun nye lain, yang bertenggek kat dinding lain...
soo..kalau ada berpasang pasang kasut agak agak korang
pening tak nak decide pakai kasut ape??
(muke konpius..haha)



jadinya...acaner ni korang?? cer tengok kat bawah ni pulak....





yang ni stok kasut saya dalam locker...ada 6 pasang je,,
tak banyak pun..nak bawak semua yang kat johor, 
nanti tak tau nak letak mane..haha  :p



dan....jeng..jeng...jeng......












stok kasut rumate saya...hahhaa...yes! she's crazy bout shoes...
yang dalam plastik tu dia tak pakai lagi..baru beli minggu lepas...haha
memang banyak amat kasut dia...
masa mula mula dia datang n kemas2 barang,
saya terkezutt tengok kasut dia..banyak gila la wehh! haha



p/S : sorry muth, akak curi ambik gambar kasut awak..tu laa..tinggalkan akak kat bilik sorang sorang sape suruh...boring tahu...huhuh  :p



salam mahabbah <3 <3

Friday 30 November 2012

mengapa RASA itu ada??

assalamualaikum.. selamat malam (tapi jangan tido dulu)

topik untuk merepek malam ni...mengapa RASA itu ada??  woohaaa!! rasa apakah itu? pedas? masam? manis? pahit? atau..ape ape lah rasa yang wujud di dunia ni.. :p




haaaa!!! RASA ni lah yang saya maksudkan...yee...
cemburu a.k.a jeles... ^_^



mesti korang biasa dengarkan perkataan ni..huhu..jeles ni wujud tak kira lah dari segi ape pun..sama ada jeles dengan kejayaan orang lain ke, jeles tengok orang dapat sport rim kereta ke (lelaki terutamanya), jeles tengok suami/ isteri kita duk bermesra dengan orang lain ke..ape ape lah, yang penting dalam kategori mampu buat kita jeles..hehhe

dan..sudah tentunya cemburu ini lebih sinonim dengan wanita..benar atau tidak?? =.=" baca je lah quote kat atas tu...dan mungkin saya bersetuju kot..hehe..bila wanita dikuasai rasa cemburu, diorang punye kehebatan setanding FBI atau pun boleh mengalahkan penyiasat penyiasat dalam cerita CSI tuuntuk mencari bahan bukti..saya akuinya..hahaaa

dan lagi satu, walaubagaimanapun kami cuba untuk menyembunyikan rasa itu namun ia tetap tak berjaya..senang kata,memang nampak obvious lah kalau kami ni cemburu..huhu..soo..agak agak ada tak solution untuk masalah ini?? hmm... mungkin pakar kaji manusia pun pening nak mengkaji sifat cemburu yang wujud tu kot..haha







sebenarnya, kami ni bukanlah sukasuki nak rasa macam tu...kadangkala ia bersebab..dan seringkali sebab itu mungkin kelihatan amat tak munasabah pada orang lelaki..kalau tak rasa tergugat, kami tak rasa macam ni tau..ok! soo..lelaki lelaki sekalian, maafkanlah kami kaum hawa ni kerana mempunyai perasaan sebegitu...

dan perasaan kami itu bersebab... bukanlah hanya ikutan nafsu semata (namun tak menolak juga jika terlalu dilayan, nafsu pula yang merajai hati..nauzubillah) sangat sakit bila rasa macam tu..lebih sakt daripada kita naik bangunan lepas tu terjun (macam pernah rasa jek! haha) tapi..lebih kurang macam tu lahh...kalau boleh keluarkan rasa tu, nak buang jauh jauh..huhu


pocketNOTE : kadang kadang rasa bersalah bila ada perasaan sebegitu..dan mungkin ia tak sepatutnya ada..totally, terabai... :')  thanks kawan kawan.. ^_^

p/S: kalau tak nak rasa macam tu, elakkanlah diri daripada terjebak dengan perkara yang mampu buat kita rasa sebegitu..ye tak?? aman~~

salam mahabbah


Thursday 29 November 2012

signal itu penting <-----*----->

assalamualaikum.. hai! halu! salam 1 malaysia!  ^___-*


pernah tak selama anda berada di atas muka bumi ni (planet lain terkecuali) anda mengalami kemalangan? tak kira lah, kecik ke, besar ke, sederhana ke, ape ape lah..yang penting dalam kategori kemalangan..kenapa tetibe cerita pasal kemalangan ek?? hhmmm... >.<"

sebenarnya tadi, berlaku sedikit kemalangan kecil di depan mata saya..masyaallah..terkejut amat saya..serious... (cerita nak beria..hihi) masa tu saya baru je balik dari PTSL atau name glemer beliau, Perpustakaan Tun Seri Lanang... kejadian tu lebih kurang dalam pukul 2 lebih...tengah tunggu bas nak balik kolej...




iklan iklan.....
ni bukti cekonon stadi kat library..besar tahu buku atas riba tu..haha
elok molek je kan bersila atas tu..hahha :p



haa..cerita pasal bas, nak komplen sikit...jadual bas tak sistematik...kesian kami, kami dan kami lagi nak kena tunggu lama lama kat bus stop yang panas tu...* Pak Cik pengurus Rengit, sila take note! (macam dia baca je..hampeh! :p )




ni bas rengit saya naik hari hari utk ulang alik ke fakulti dan
pulang ke kolej.... *kdg2 sempat tido dalam bas..haha




okehh..habis komplen..masuk cerita tu balik..membebel aje lah saya ni kan?? huhu....haa...tu laa...nak memandu, menunggang lain kali berhati hati..malang tak berbau..betul tak?? ceritanya macam ni...sedang elok, molek, cantik, comel saya duduk kat bus stop tu, tak semena mena ada sebuah kereta macam nak berhenti tapi macam tak nak..signal pun dia tak pasang..saya pun konpius dia nak ke mana...ada sebuah kereta dan beberapa bijik moto kat belakang kereta tu..mungkin diorang pun konpius kot dengan kereta tu..haha

tiba tiba...ada sebijik motor ni (mungkin dah lambat nak ke kelas kot?? tak pun sakit perut..haha) die memotong kereta tersebut..dari arah kiri..dan.......... bergesel dengan kereta tu...nyaris je penunggang motor tu tertonggeng, kan tak memasal tu...kemudian, dua dua kenderaan tersebut berhenti..cuak jugak hati ni..janganlah sampai saya melihat adegan drama sinetron free petang petang...saya rasa kaki penunggang tu luka atau calar kot..mak cik ala ala mak datin kat dalam tu pun dah buat muka tak puas hati je.... *sape suruh tak nak pasang signal...

kesimpulannya di sini, mungkin kita tengok signal tu macam tak penting je...tapi, ia mampu menyebabkan perkara tak diingini berlaku...so..walaupun anda cuma nak singgah sebentar ke arah kiri, silalah pasang signal kenderaan anda..jangan bagi orang belakang konfius..ok?? ayah saya selalu pesan pada saya, masa drive tu jangan jadi driver yang teragak agak..nak masuk ke tak? nak masuk ke tak? nak berhenti ke tak?nak berhenti ke tak? sebab nanti orang belakang pun pening dan panggil kita @@#%$^$....hahah....itu boleh terima lagi sebab kita tak dengar kan..tapi, kalau berlaku kemalangan? tak ke haru tu jadinya?? akibat kecuaian sendiri..

ohh..yee...sebelum terlupe...ayah pesan semua tu bagai sebab anak dia yang comel, gojes, lawa, (perasan..jemput muntah!) bagai ni adalah pemegang lesen P....selalu je tak percaya kalau saya yang drive... Encik Abd Malik, P is stand for PROFESSIONAL....not probationary.. take note! hahahahh  :p



passport sangat kan muka...hahah... *gambar sengaja dikaburkan 
supaya tiada yang histeria bila melihat wajah gojes saya...hahahha
(sila ambil plastik )


salam mahabbah <3 <3