mereka yang gorgeous

Thursday, 13 December 2012

inventori saya...

Assalamualaikum..


entry hari ni sebenarnya dah lama nak cerita kat sini...tetapi disebabkan beberapa kekangan (cekonon bizi sangat) so, barulah hari ini dia menjengah ke blog..alasan bole diterima pakai tak?? okeh..memang tak, abaikan je..hehe

ni nak cerita sikit pengalaman masa meeting Sekretariat Kebajikan hari tu..saya ni memang suka buat kerja kerja kebajikan..basuh tandas, sapu koridor, cuci sinki..semua tu saya rajin je nak buat *better korang abaikan sebab merapu je semua tu..haha..lepas je meeting tu ada kakak ni mintak kitorang buat satu inventori, Inventori Personaliti Sidek..saya selalu je dengar tapi tak pernah tergerak hati pulak nak buat..kakak tu nama dia Kak Fini student Psikologi (ohh..patut pun..hihi), comel je orangnya..haruslah secomel saya kan...

banyak amat kot soalan dia..lebih kurang 160 soalan laa..saya pun menjawab dengan penuh bersungguh sungguh..cekonon macam nak jawab soalan exam lah..padahal time exam tak lah excited macam tu skali..haha..lepas semua orang dah siap buat, kakak tu pun wajiblah terangkan satu persatu tentang Tret Personaliti yang ada kan..meh..sini saya nak kabar kat korang semua ;


  • Agresif - orang yang agresif selalunya bersikap kritikal
  • Analitikal - suka menganalisa, fikir dulu sebelum bertindak, sensitif pada persekitaran
  • Autonomi - sukakan kebebasan, sifat mengawal itu tinggi..~sesuai jadi boss..hihi
  • Bersandar - bergantung pada orang lain, perlukan orang lain untuk buat keputusan
  • Ekstrovert - friendly @ peramah, suka bersama ramai orang, tak suka bersendirian
  • Intelektual - sukakan cabaran, tidak menggemari benda2 praktikal, teori, struktur dan kemahiran
  • Introvert - tak suka tempat yang sesak ramai orang, prefer untuk bersendiri mungkin lehih baik..hihi
  • Kepelbagaian - sukakan benda yang baru dan perubahan, adventurous
  • Ketahanan - kuat dari segi emosi,fizikal, mental..bermotivasi tinggi, takkan berhenti separuh jalan
  • Kritik-diri _ jika berlaku sesuatu sering menyalahkan diri sendiri.
  • Mengawal - suka memimpin, tak suka dengararahan dari orang lain
  • Menolong - suka tolong orang, cepat simpati pada orang lain,kasih sayang melimpah ruah
  • Sokongan - sentiasa ingin disayangi, nak perhatian lebih
  • Struktur - sangat sukakan kekemasan dan benda2 berstruktur, bermotivasi tinggi, berjadual
  • Pencapaian - pentingkan kejayaan, kuat berusaha
  • Kejujuran - buat dulu baru tahu..hahah  :p


soo..itu semua ulasan yang saya sempat salin dari penerangan Kak Fini..kalau nak tahu lebih lanjut, korang try lah buat untuk korang punye...nanti kita share & compare the result...dan, kecemerlangan saya amat berganda ganda pada tret analitikal, bersandar, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, menolong, struktur, pencapaian dan kejujuran...


salam mahabbah ^__^

1 comment:

  1. dulu saya tak percaya sangat hasil dapatan camtu. tapi bila difikir balik ada kebenaran kat situ. mungkin ego menyebabkan susah nak akur kali.

    ReplyDelete