dalam dalam mood study week ini rasa rasanya tiada yang lebih menjadi igauan buat si "darah muda" hanya untuk menelaah mata pelajaran kononnya..pelbagai mata pelajaran yang mula satu, helai demi helaian diselak demi setitik ilmu buat minda yang kegersangan titisan ilmu..
apakah tuntutan ilmu itu? tuntutan ilmu itu hanya akan wujud setelah pengumuman tentang tarikh pengambilan slip peperiksaan di ruangan kantor pusat pengajian..maka berduyun duyunlah si darah muda bertandang demi berjumpa kerani di kantor tersebut untuk menunaikan janji menuntut sehelai slip masuk peperiksaan..
maka di kala senja melabuhkan tirainya segenap ruang penjuru di pusat wacana ilmu menjadi tumpuan bagi darah darah muda ini..begitu hebatnya penangan hanya sehelai kertas tersebut..yang keluar "berperang" kini kembali semula ke medan "jihad" sebenar kononnya...baru keterlihatan kemajuan kemajuan dalam kehidupan mereka selama bergelar si darah muda apabila menjejakkan kaki ke kaki lima pusat wacana ilmu ilmu itu...
demikianlah sorotan peristiwa tersebut adalah suatu fenomena yang akan berterusan membelenggu jiwa si darah muda ini...semoga si darah muda ini akan beroleh kebaikan dan keberhasilan yang menguntungkan hendak-NYA...insha Allah...
salam imtihaan..bittaufiq wanajjah..
salam mahabbah
salam. tq atas kunjungan. :)
ReplyDelete