mereka yang gorgeous


Saturday 8 June 2013

kumpulan darah muda


lihat kiri lihat kanan..lihat depan lihat belakang..ohh..ada rakan...ucap syukur dalam hati...masih ada lagi mereka salah satu kurniaan Tuhan..lihat sekali lagi...lihat lagi...menoleh dan terus menoleh...ehh...satu di belakang sudah tiada...tiada? ka manakah gerangannya si dia?? begini ceritanya......

kuliah...kuliah dan kuliah...sentiasa bersemadi buat si darah muda ini...sebagai acara sampingan dalam perlumbaan marathon ini terselit juga tugasan atau lebih popular dipanggil sebagai "assignment"..bak kata rakan si darah muda, "tak degree lah kalau tak ada aasignment!"

oleh itu demi menyahut seruan rakan si darah muda tadi dia pun bermulalah dengan langkah pertama..meniarap...merangkak..bertakteh....berjalan? ohh..belum lagi...si darah muda masih belum mampu berjalan lagi...bersamalah si darah muda dan rakan rakan sekuliah demi memenuhi tuntutan degree..

si darah muda mempunyai kumpulannya tersendiri..di sini si darah muda ingin menyatakan bahawa kerja berkumpulan itu kadangkala penuh suka dan duka....dan kini si darah muda semakin merasakan deritanya...mungkinkah kerana kesalahan itu datangnya dari si darah muda yang semakin hopeless? mungkin jua...namun si darah muda berharap ada istana madu buatnya di pengakhiran sem nanti....

penuh jari disusun wahai rakan si darah muda...sepuluh jari si darah muda ini ikut tunduk memohon keampunan kepada rakan jua taulan...


salam mahabbah

No comments:

Post a Comment