mereka yang gorgeous


Saturday, 12 January 2013

Akukah janda itu??


korang mesti pernah dengar kan pasal kahwin?? mestilah pernah..tengok pun pernah...dan..korang pernah terasa tak nak kahwin?? haaa..tu sememangnya ada dalam naluri manusia normal seperti saya..haha :p  okehh..kat sini bukan saya nak membebel bebel tentang perkahwinan ke ape..tapi masuk sikit bab yang sinonim (tapi wajib) dengan perkahwinan dalam adat Melayu ni...

bukan tips...bukan jugak adat yang perlu dibuat atau tak mahupun perjalanan perkahwinan...okehh..cukup intro setakat ni...secara ringkasnya saya nak share pasal hantaran dalam perkahwinan...bab ni memang semua orang sibuk bercerita...dari anak dara, ke mak mak dara hinggalah ke nenek nenek dara terutamanya..mereka amat concern tentang hantaran lebih lebih lagi kalau melibatkan ahli keluarga mereka.... sehinggakan wujudnya benda alah kat bawah ni...


korang rasa secara logiknya benda ni rasional ke?? kalau tak, tak yah kahwin..ikot taraf akademik lah kata kan.. (sungguh poyo) =.="


tu harga untuk anak dara..kalau janda kiraannya lain pulak, selalunya lebih rendah lah dari anak dara kan...sebab dah pernah jadi isteri orang lah katakan..jadi tak payah lah nak mahal mahal..tapi..korang sedar tak yang janda tu lebih bernilai dari anak dara...kenapa?? sebab janda ni lebih banyak pengalaman berbanding anak dara..selok belok rumahtangga dalam genggaman mereka (kecuali yang kahwin seminggu terus jadi janda)...setuju tak??

sebenarnya macam ni, hari tu saya ada terdengar seorang mak cik (janda) ni nak berkahwin..alhamdulillah, tumpang bahagia untuk dia...jadi, bila dah nama pun janda yang nak kahwin orang ramai lebih "ambil perhatian" melebihi perhatian anak dara yang kahwin..antara cakap cakap yang akan keluar dari mulut orang ;

1. ohh..nak kahwin dah ke si bedah tu? suami dia baru je meninggal setahun lepas..
    
    saya jawabkan : ha'ahh..nak kahwin dah..yang meninggal tu suami dia, bukan dia..jadi bolehlah 
    kalau dia nak kahwin..dalam Islam tak larang pun janda kahwin..

2. apa?? 10 ribu hantarannya?? ishh..kan janda buat apa lah nak mahal mahal macam anak dara..
    
    saya jawabkan : sesuailah tu hantarannya..mak cik bedah tu kan pandai masak, hari tu makan
    kat rumah dia, marvellous kot...rumah pun kemas je, dapur bersih..pagi pagi dah bangun..eh, 
    pukul 10 pagi dah ni..anak dara mak cik tak bangun lagi ke??

3. kalau aku lah jadi si bedah tu, tak sanggup aku nak kahwin lagi..kubur suami tu merah lagi..
    
    saya jawabkan : ohh..takpelah mak cik, dah jodoh dia..kalau mak cik nak saya boleh tolong
    carikan nanti..

4. itu pun nak buat kenduri jemput orang kampung ke? akad nikah kat masjid je dah lah..awak tu 
    kan janda...

    saya jawabkan : nanti kalau buat akad nikah je orang kata bukan bukan pulak..sedangkan yang 
    dah berisi sebelum kahwin pun majlis gilang gemilang, tak kan janda tak boleh kot? cube jumpe 
    ustaz tanya, apa hukum menguar-uarkan majlis kahwin?

5. aku dengar bakal suami bedah tu pun duda jugak..baru 4 bulan isteri dia meninggal, dah nak
    kahwin lagi..
   
    saya jawabkan : mak cik, orang lelaki ni tak kira lah tua ke muda ke mesti nak ada orang jaga 
    makan minum dia segala...anak anak dia masing masing dah berkeluarga..tinggal dia sorang kat
    rumah..bosan..


okehh..cukuplah lima benda kat atas tu..walaupun sebenarnya banyak lagi cakap cakap orang pada si janda ni..bukanlah saya ni pro-janda ke anti-anak dara..cuma, saya nak highlightkan kat sini, kalau teringin nak jaga tepi kain orang boleh, tapi janganlah ter'over' kan sangat diri tu..tak pasal pasal dapat free free je dosa kering..korang nak ke??



*bukanlah diri ni bagus sangat, tapi panas telinga jugak kalau orang buat benda baik pun nak dijadikan bahan umpatan*



"mak ayah tak pernah 
pulak tetapkan berapa 
hantaran yang perlu 
bakal suami bagi.. "
^__^


salam mahabbah

No comments:

Post a Comment