Tuesday, 19 February 2013
lambai lambai sem 2
sem baru, bulan baru, hari baru, minggu baru semuanya pun baru...cuma bilik dan kolej ja tak baru, duduk lagi di tempat lama...bahagia mungkin..dengan cik rumate yang ada ni...dapatlah berjimba jimba golek golek lompat lompat sesama,..ehh?? ok, tipu je..tak buat pun semua tu..kami ni sopan lagi beretika..ok? haha
dan hari ni masuk hari kedua kuliah..hari pertama kuliah semalam..umm...ok lah kot...berkejar kejar pergi kelas pukul 10 pagi cekonon tak nak lambat, sekali jadual bertukar kelas pukul 8 pagi..hahah..lepas tu ape lagi pergilah pusanika untuk program mengisi perut..haha..pukul 11 pagi dah lunch?? hebat tak hebat..makan banyak tu..nasi putih, rendang daging, sayur kacang dan bergedil dua ketul..satu tak cukup hokeh?
dah siap makan makan, rushing nak pergi kelas pukul 12 lah kan...tetapi, ada agenda singgah menyinggah sebab kat pusanika tu ada jual jual baju, tudung, aksesori bagai...dan sewajibnya menarik perhatian mata mata pelajar wanita di sini untuk meninjau ninjau kawasan seperti kak long kawasan ye...(kecuali saya, ngeh..ngeh...)
hari ni pulak, kelas pukul 8 pagi lagi mula..pengantar statistik sosial...jumpa lagi prof aishah...hai prof! *lambai lambai tangan* yang best gila pasal prof ecah ni, dia ingat nama ku...bangga tak bangga lah kan..well..nama saya ni senag je nak ingat...so, sapa tak ingat tu memang ada masalah dengan memory mereka...haha..kejamnya..
dan petang pukul 4 hari ni pun ada kuliah..lemas betul bila ada kuliah tapi gap masa untuk kuliah kedua panjang gila...hadooiii..seharusnya lah kan tadi, kelas pukul 4 petang dan diri ni pun terlajak tidur sampai pukul 4.10...itu pun sebab su call..kalau tak, memang hangus laa..huhu..pergi kelas dengan muka bangun tidur tapi penuh bersemangat..dan sampai dewan kuliah cuma tinggal 5, 6 orang je dalam tu...sebab? lecturer tak masok...hoohooiii!!
lepas tu esok pun, kuliah pukul 8 pagi lagi...memang sem ni kuliah pagi pagi buta je...dari isnin sampai rabu semua start pukul 8 pagi..memang heaven.. =.="
salam mahabbah
Thursday, 14 February 2013
valentine ohh valentine....
dalam pada korang sibuk sibuk menyambut valentine's day tu kononnya, hari ni jugak berlaku satu tragedi yang tak diduga...
Seorang remaja wanita berusia 19 tahun di katakan telah bunuh diri di Berjaya Times Square kira-kira pukul 11 pagi tadi. Gadis cina itu dikatakan telah terjun dari tingkat 6 shopping mall tersebut.
sadis kan....??
nak cerita lanjut baca kat sini.
salam mahabbah
Friday, 1 February 2013
janji DITEPATI... slogankah??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oppss! tiada kaitan~~
salam mahabbah
RUKUN NIKAH vS rukun nikah
"cuba tanya abang abang kita yang dah kawen, sebelum deme kawen, apa yang deme ada?? "
video ni sambungan daripada tajuk 'Islam Itu Mudah'..saya akui, Islam amat mudah tetapi kita je yang memang suka sangat 'menyusahkan' diri...
dulu masa belajar kat sekolah agama kerajaan negeri, cikgu munakahat saya ajar rukun nikah cuma :
1. pengantin lelaki
2. pengantin perempuan
3. akad (ijab & kabul)
4. wali
5. dua orang saksi
tapi sekarang, ye lah seiring dengan perkembangan zaman 'rukun nikah' pun ikut bertambah :
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Saksi
4. Wali
5. Akad
6. Fotografi candid (pre-wedding, nikah, resepsi, cerai tak nak pulak berfotografi?)
7. Wang hantaran RM22,222.22
8. Make-up artist terkenal
9. Hantaran 5d Mark III
10. Hantaran iPad
11. Pakej Bulan madu
12. Lelaki dah ada kereta (lagi besar lagi bagus)
13. Majlis buat besar-besaran
14. Kek kahwin mahal
15. Kad jemputan dari Bandung
16. Penyanyi popular datang nyanyi
17. Baju 7 kali salin
18. Tema garden, lake, sungai, parit
19. baju family sedondon dari tok nenek sampai ke cucu angkat belah mak tiri sepupu rapat
20. makanan kalau boleh nak berjenis2 dari timur sampai lah ke barat
TENSION KENA BAYAR HUTANG
salam mahabbah..
Subscribe to:
Posts (Atom)