mereka yang gorgeous


Monday, 12 March 2012

ISTIKHARAH CINTA



YA ALLAH...SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI SEDANG MEMOHON CINTA DARIMU..ENGKAU RIMBUNKANLAH MAHABBAHMU KEPADAKU..IKATLAH DAKU DENGAN RINDUMU..

Sunday, 11 March 2012

salam muhasabah....

♥ Bismillah.. Assalamualaikum.. Selamat pagi ♥
''tok! Tok! Tok!'' bunyi kentong dipalu pada subuh dinihari..saat itu saya baru sahaja ingin menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa..bunyi paluan itu sedikit menjentik naluri saya..kebiasaannya di kampung tempat saya tngal ini, jika kentong dipalu ia menandakan bhawa seorang dari kalangan kita telah menghadap Illahi seperti yg telah dijanji..
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Seusai solat, persoalan tiba2 menjengah kotak fikiran.. Bilakah waktunya saya pula? Bagaimanakah keadaan saya ketika menghadapi sakaratul maut? Adakah amalan saya diterima Allah? Berjayakah saya menjawab soalan dari Munkar dan Nakir?
- Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari seksa kubur dan terimalah daripada kami (amal kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui- ''
Salam mahabbah

:: PESANAN BUAT kekasih ::

♥ jika cantik yang engkau dambakan dariku, lupakanlah aku kerana aku tidak mempunyai paras menawan itu.
♥ jika harta kau dahagakan dariku, sedarilah aku hanya insan papa yang tiada timbunan emas berjuta.
♥ jika keturunanku menjadi angan2 mu, ketahuilah diriku tiada apa yang perlu dimuliakan.
♥ sekiranya agamaku yang menjadi impianmu, bawalah daku yang sedang bertatih bersama dirimu menuju cita menggapai redha ILLAHI membina keluarga yang disinari sakinah, mawaddah wa rahmah.
♥ tiada apa yang dapat kupersembahkan padamu pada hari pernikahan kita melainkan cucuran air mata kesyukuran kerana menjadi zaujahmu yang sekian lama kuimpikan..

susunan indah nan ikhlas dari hati....
♥ salam mahabbah ♥

cerpen - Husnul Khatimah





Kau ingat dengan muka kesian kau tu boleh cairkan hati aku? Hah?! Bawa dia pergi, benci aku tengok muka dia lama-lama. Hapuskan dia..”  Sekejapan itu juga aku diseret dan dihumban ke tempat yang aku sendiri tidak ketahui di mana.
“Ibu! Ibu! Tengok tu ada orang dekat dalam parit besar tu. Baju dia koyak-koyak, badan dia pun luka-luka ibu.” Teriak seorang anak kecil pada ibunya. Wanita tersebut pantas meluru  ke arah yang dimaksudkan anaknya.
“Astaghfirullahala’azim.. Nadiah  panggil mak usu cepat, parah kecederaan dia ni. Tak boleh biarkan macam ni saja, kena bawa ke hospital. Mengucap dik..mengucap..ingat Allah..Dia Maha Mengetahui..” Setitis air mata keinsafan gugur dari tubir mata wanita tersebut kerana melihat azabnya saat malaikat Izrail mencabut nyawa manusia.
“Ya Allah, betapa besarnya azab yang Kau berikan padaku. Ampunilah segala dosaku Ya Rabb..” Teringat daku pada nasihat yang ayah titipkan padaku dahulu. Ayah..Betapa aku amat merinduimu.
***********
            “Nak, hidup kita di dunia ini penuh duri dan ranjau. Allah SWT mengurniakan kita akal dan fikiran supaya kita dapat berjihad di jalanNya. Semakin umur mu menginjak dewasa semakin ayah khuatir akan keadaan dirimu apatah lagi sekiranya ketiadaan ayah disisimu lagi kelak.”
            Aku biarkan saja nasihat ayah itu berlalu pergi dibawa angin petang. Ayah memang begitu sikapnya. Suka sahaja memberiku tazkirah percuma tanpa dipinta. Aku ini anak millennium berpendidikan tinggi. Apa sahaja yang ada pada ayah? Segulung ijazah pun tiada, hanya berbekalkan ilmu yang didapatinya di sekolah pondok dahulu masih lagi mahu mengatasi diriku yang menuntut ilmu di menara gading ini? Aku bermonolog sendirian tatkala mendengar kata-kata ayah itu.
            Aku merupakan antara ribuan umat manusia yang berjaya melanjutkan pelajaran di tanah asing. Pada waktu itu diriku amat disanjung tinggi kerana mampu menjadi salah seorang delegasi intelegensia supranasional  yang dapat mengharumkan nama Malaysia ke luar negara. Tidak dinafikan diriku adalah seorang pelajar yang pintar dan cerdas di sekolah ditambah lagi dengan kejayaanku meraih keputusan maha cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sekali gus menginjakkan diriku ke persada kegemilangan.
            Lantaran itu aku meneruskan pengajian ku dalam bidang perubatan di National University of Ireland, Galway. Selama enam tahun aku menetap di sana, pelbagai ragam manusia aku temui. Aku berteman baik dengan seorang pelajar lelaki berbangsa Irish. Hilang semua pedoman yang pernah ayah titipkan padaku dahulu. Sirna semua cahaya, tertutup sudah pintu hatiku. Dia adalah segala-galanya bagiku. Sebut sahaja tentang pub yang ada di kota Galway itu, dari yang jauh terceruk hinggalah ke pub yang terbesar di sana kesemuanya telah aku jejaki.
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(Q.S. Aj-Jaatsiyah, 45:23)
Bersekedudukan di antara lelaki dan wanita di sana merupakan satu perkara remeh dan dianggap biasa. Bahkan ia menjadi satu budaya yang menjadi ikutan remaja Islam di bumi Galway. Siapa yang mahu ambil peduli? Adakah pihak Jabatan Agama Islam yang akan menyerbu seperti di negara kita? Tidak sama sekali. Pernah pada satu hari seorang pelajar muslimat menegurku kerana berpakaian mencolok mata.
“Saudari saya memohon maaf tetapi, sebagai seorang muslim saya wajib menegur cara saudari berpakaian. Tidak manis dipandang khususnya oleh lelaki ajnabi…” Belum sempat muslimat tersebut meneruskan bicaranya lantas aku memintas.
“Hahaha…Kau nak menegur aku? Kau tu siapa? Mak aku ke atau bapak aku? Hei! Kau nak berbalut satu badan kau punya pasal lah. Jangan pula sibuk nak mengajar aku! Pantang betul aku. Shit!” Aku meninggalkan wanita tersebut dalam keadaan terkesima kerana tengkinganku tadi. Namun aku terdengar mulutnya beristighfar ketikaku melewatinya.
“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”
(Q.S. Al-A’raaf, 7:164)
Segala kenangan tersebut berlegar di ruang mindaku tika ini. Ya Rabb..betapa besarnya dosaku padamu. Akan adakah pintu kemaafan untukku Ya Allah. Terimakah Engkau akan taubat hambamu yang hina ini. Ayah… Sudah terlalu lama aku tidak menyentuh tanganmu ayah. Pernah satu hari aku memarahi ayah kerana lambat menghantarku ke sekolah kerana motor tuanya rosak di tengah jalan. Ayah bersungguh-sungguh memohon kemaafan dariku namun hanya jelingan tajam yang aku berikan pada wajah tua itu sebagai tanda ‘penghormatan’ kepada ayah tatkala menjejaki pagar sekolah.
***********
“Doktor, lihat tu jarinya bergerak-gerak. Sepertinya dia memberi respons terhadap bacaan saya.” Cupingku menangkap kata-kata wanita itu. Siapakah dia insan berhati mulia itu? Di manakah aku?
“Alhamdulillah..dia sudah sedar. Puan tidak perlu khuatir lagi akan keadaannya kerana kecederaannya semakin pulih. Namun, ia mengambil masa untuk pulih sepenuhnya kerana dia mengalami gegaran otak akibat hentakan yang kuat itu dahulu. Buat masa ini puan perlu banyak bersabar kerana dia masih lagi dalam keadaan trauma dan kita tidak boleh memaksanya untuk mengingati masa silam. Jika kita memaksanya berbuat demikian ia akan mengganggu saraf tunjangnya dan akan membantutkan proses penyembuhan.” Terang lelaki terbabit panjang lebar.
Kini, aku mulai sembuh dan mengingati tentang kejadian itu. Ya, kejadian itu yang hampir meragut nyawaku tanpa sempat aku memohon keampunan kepada Yang Maha Esa. Sungguh tidak terhitung dosaku selama ini. Ayah..Ya, aku pernah mempunyai seorang ayah yang amat mengasihi ku pada waktu dulu. Tetapi kini, di manakah ayah? Ya Tuhan…Aku tidak langsung dapat mengingat dari mana asal usulku. Adakah ini suatu pembalasan dariMu atas keterlanjuranku dahulu? Ya Rabb..Bantulah hambaMu ini.
“Kakak, kenapa kakak menangis? Haa…mesti rindu Nadiah kan.. Janganlah menangis lagi, kan Nadiah ada ni..” Sungguh petah anak ini berbicara luahku di dalam hati. Aku tersenyum melihat gelagatnya yang cuba untuk memancing perhatianku.
“Nadiah buat apa? Kacau kakak ya?” soal satu suara.
“Ibu, mana ada Nadiah kacau kakak. Kakak ni menangis, Nadiah cuma nak buat dia senyum. Haa…Tengok tu ibu, kan kakak dah senyum..” Wanita itu turut tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Di dalam hatinya pasti bersyukur kerana dianugerahi seorang anak yang pintar. Sungguh bertuah wanita ini.
“Hawa, kenapa menangis ni? Sudahlah..barang yang lepas usah dikenang. Kakak sudah maafkan kamu dari dahulu lagi. Anggap sahaja teguran kakak semasa di Galway sebagai teguran dari seorang kakak kepada adiknya. Walau pun kamu pernah mengeluarkan kata yang kurang enak, kakak anggap ia  sebagai satu cabaran bagi kakak untuk memperbaiki diri ini. Tetapi, kakak bersyukur kerana dapat menemui kamu semula dan melihat kamu berubah. Sungguh besar kekuasaanNya. Subhanallah..”
“Terima kasih kak kerana sudi memaafkan dan menyelamatkan saya dahulu. Jika kakak tiada waktu itu sudah pasti saya tidak bernafas seperti sekarang.. Saya wanita hina kak, kotor..Saya bekas perempuan simpanan.. Hanya kerana saya mengandungkan anak penjahat itu, dia sanggup untuk membunuh saya kak.. Kakak..saya rindu pada ayah. Sebelum saya menutup mata, akak janji ya akan cari ayah saya.” Lantas aku memeluknya dan tersedu-sedan di dalam dakapannya.
“Jangan begini Hawa. Kita sama-sama berusaha untuk menjejaki ayah Hawa ya? Kakak sedia mambantu Hawa.” Ujar wanita mulia ini.
            Hampir enam bulan aku cuba untuk menjejaki ayah. Namun, usahaku bagaikan tidak bernoktah. Kakak begitu memahami akan keadaan diriku ini yang sedang bergelut dengan maut . Dua bulan lalu aku disahkan menghidapi penyakit leukemia tahap ketiga. Tiada lagi harapan untukku sembuh seperti sediakala. Aku seakan telah berputus asa untuk meneruskan pencarianku. Di setiap pelosok yang aku ingati aku cuba mencari. Berbekalkan sedikit sahaja waktu yang tinggal untukku kini, aku teruskan jua perjuanganku. Bujur lalu melintang patah, genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Itulah azamku.

“Assalammualaikum..Hawa, bagaimana keadaan kamu hari ini? Kakak harap semakin baik. Cepat sembuh ya..Kakak rindu nak dengar suara Hawa. Sunyi rumah tu bila tiada lagi gelak tawa kamu..Nadiah pun sedih tau tengok kamu begini. Kami semua nak Hawa kuat dan tabah. Kakak ada sesuatu yang istimewa untuk Hawa. Mesti Hawa suka kan nanti…”
“Hawa..” Gemersik suara itu memanggil namaku
“Hawa, ini ayah nak.. Buka mata kamu nak..Ayah rindukan anak ayah.. Maafkan ayah nak..Ayah tak tahu tentang keadaan kamu. Bukalah mata kamu Hawa..Katakanlah sesuatu untuk ayah dengari..”
 “A..yah… a..yahh.. ampun..kan Ha..wa ” bisikku perlahan…
“Mengucap nak..Ayah ampunkan semua dosa kamu, ayah halalkan makan minum kamu selama ini. Kamu anak ayah. Ayah sayang kamu. Ayah tidak sanggup melihat keadaan kamu begini.. Pergilah nak dengan tenang..” Sendu tangisan mulai bergema di ruangan kamar. Mentari juga seakan pilu untuk memancarkan sinarnya pada pagi Jumaat hari ke 12 umat Islam menunaikan rukun Islam ketiga.
            “Innalillahiwainnaillaihiraji’un…”
“Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah bertaubat kepada-Nya, sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih”
(Q.S Hud 11:90)







♥ TITIPAN BUAT CALON IMAMKU ♥

...wahai calon imamku,
Persiapkanlah dirimu sebaik mungkin,
Kerana begitu jua dengan diriku,
Bertatih untuk menjadi makmum terbaik buatmu..
...wahai calon imamku,
Bentengilah hatimu dari sebarang hasutan,
Kerana ia hanya memperdayakanmu,
Aku khuatir,
Kelak jika aku menjadi makmummu aku jua turut terpedaya..
...wahai calon imamku,
Teguhkanlah langkahmu ke rumah ALLAH,
Kelak apabila aku menjadi makmummu keteguhanmu itu menjadi semangatku..
...wahai calon imamku,
Berpaksilah ke jalan-NYA,
Kerana jika aku melahirkan zuriatmu kelak,
Kita bersama mencorak
mereka menjadi generasi pewaris legasi Muhammad S.A.W..
INSYAALLAH...
♥ salam mahabbah ♥