18/5/2012 : 10.55 a.m
Hari ini saya dapat berita tergempar....
Kak Fiza dalam keadan kritikal (50-50).. dia di ICU Hospital Sultanah Aminah JB...
sangat-sangat mengejutkan kami semua di office.. dia dimasukkan ke ICU pada hari selasa lepas..
baby dalam kandungan dia pun dah tak ada..urmm...
dan dia menghembuskan nafas yang terakhir di suami, ayah dan kami rakan sekerjanya lebih kurang pukul 2.30 petang hari Jumaat penghulu segala hari...jenazahnya kemudian dibawa ke rumah ibunya di Felda Taib Andak, Kulaijaya...semoga ALLAH mencucuri roh allahyarhamah Kak Hafiza Sapuan dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman...amin...
AL-FATIHAH...
sertiap yang hidup pasti akan kembali kepada MAHA PENCIPTA... bersediakah kita?? tepuk dada tanya iman.... |
sekadar coretan saya pada entry kali ini...sebenarnya itu adalah pengalaman pertama saya..sebelum ini saya tidak pernah mempunyai keberanian untuk melihat jenazah..dan pada hari itu, saya kuatkan hati untuk melihat juga...alhamdulillah..saya mampu...apa yang perlu saya gerunkan? setiap dari kita pasti akan menempuhinya juga...kerana kematian itu pasti...
terdetik di hati saya...bilakah waktunya saya pula?? berbaur rasa di hati ini apabila menatap wajah arwah Kak Fiza..timbul sebak, insaf, takut dan bermacam-macam rasa lagi bermain di benak hati...
dan benarlah firman ALLAH :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu’ah (62) : 8
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)". – Nuh (71) : 4
terima kasih sudi baca...
salam mahabbah penuh keinsafan... ^__^

No comments:
Post a Comment