hai..hohoii...
sepatutnye review pasal benda ni saya buat dua hari yang lepas...tapi apakan daya, masa tak mengizinkan sejak sejak masuk sem 2 ni kan.. *alasan semata*
mesti korang biasa dengar pasal demonstrasi tak kira lah aman ke ganas ke, dalam negara kita ni dah macam satu fenomena biasa...bukan fenomena lagi dah, tapi satu kewajipan mungkin lebih lebih lagi dekat dekat nak PRU 13 ni kan...saya ni bukanlah nak pung pang pung pang sangat pasal politik ibarat bercerita di kedai kopi yang tiada kesudahannya tu..tapi, cuma ingin meluahkan sedikit rasa hati yang mungkin terkilan..perkara ni wajiblah dah tersebar ke mana mana media, tak kira lah media cetak atau elektronik...
pada hari Rabu lepas (27/2/2013) kat ukm ni adalah buat satu program "Legacies Of Women Forum" anjuran CESMED...forum berkisar tentang dunia keusahawanan dan saya pun merupakan salah seorang dari ramai ramai mahasiswa yang hadir pada program tu..hadir sebab diwajibkan a.k.a terpaksa sebab kedatangan diambil..jadi, dengan sewmangatnya lah pergi dengar diorang duk berceloteh tu...lebih kurang 4 jam jugaklah letih meminjamkan telinga ni..perasmi majlis tersebut tak lain tak bukan isteri kepada Perdana Menteri kita iaitu Datin Seri Rosmah Mansor...
lepas dia selesai merasmikan majlis tersebut haruslah dia pulang kan..takkan nak bertapa lagi, mungkin ada majlis lain untuk dihadiri ke..mana lah tahu..dalam dia sibuk sibuk nak balik tu, tak pasal pasal pulak datang si mahasiswi mahasiswi dari ISIUKM ni duk buat protes secara aman kat depan tu menunggu Rosmah keluar...apakah?? nak cerita lanjut korang baca lah sendiri kat sini..
tapi apa yang saya ingin highlite kan di sini ialah, apakah relevannya mereka buat protes tersebut?? kamon..Rosmah datang bukan buat kempen pun...semata mata bercakap tentang keusahawanan..yang korang pergi buat benda macam tu buat apa?? saya memang tak sokong tindakan tersebut..menunjukkan ketidakmatangan mereka selaku mahasiswa..
apa yang korang cuba buat sebenarnya ni?? saya bukan pro pada mana mana pihak tetapi, apa yang saya lihat di sini adalah suatu yang tidak sepatutnya dilakukan...mengapa saya bangkitkan isu ini?? kalau DSAI ke, Nurul Izzah ke kena protes, tak nak pulak buat review...isu ini berlaku di depan saya dan saya berada di tempat kejadian jadi, saya rasa saya berhak menyatakan pendapat saya secara peribadi...
*mesti ramai yang bash saya pasal hal ni.. >.<"
salam mahabbah
Friday, 1 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak kena tempat untuk protes.
ReplyDelete