mereka yang gorgeous


Sunday, 24 June 2012

saya tak buat lahh... ='(



my morning moody face!


geram? marah? sakit hati? mungkin.....rasa yang sedang bertamu di benak hati dan menerawang meneroka minda...

nasihat? baiklah...teguran? mungkin juga... amaran? terlalu dahsyat bunyinya...
saya tidak menolak teguran dan nasihat yang diberikan orang lain...
mungkin ia untuk kebaikan diri saya juga..

namun, apabila ia menjadi suatu tuduhan melulu pada diri...bagaimana saya boleh duduk dengan selesanya?? (dah laa saya ni suka sangat imagine yang tidak2..)
cuba anda fikir?? (nak cakap kat orang tu...SAYA TAK BUAT MACAM TU LAH! tumbuk kang! ggrrr..) 

saya kunyah..saya telan...saya cerna...
mana yang baik, saya serap..yang mungkin tidak sesuai dengan diri.. (faham2 sendiri lah ye... >.<")

mungkin sedikit tekanan yang saya hadapi pada pagi ini...
tetapi...saya percaya adanya terapi... ^___^




pocket NOTE : hati2 bila berkata2..mungkin sekadar nasihat dari kita, tetapi menjadi tuduhan pada mereka kerana mereka tidak melakukannya... diam itu lebih baik..mungkin??


salam mahabbah..... ^___^*

Saturday, 23 June 2012

merapu ke?? ohh..tidak.. ^__^"



baiklah...akhir2 ini pelbagai soalan tepu menjengah dan menggugah di minda..kadang2 saya sendiri tak pasti bagaimana untuk menjawab segala hamburan soalan dan pertanyaan itu..puas juga memikirkan jawapan... (konflik kejiwaan lah saya ni,,sampai terbawak2 ke tempat kerja kadang2.. >.<")

kemunculan seseorang dalam hidup kita sebenarnya tak dapat dijangka...sama ada dia hanya singgah untuk sementara waktu atau ingin terus bertamu bagai satu soalan yang menerawang di alam minda....
(guna ayat pun macam nak berfantasi.bagaimana mahu menjawab persoalan kamu??..hehe)


Love is one of the most subtle blessings that the Most Merciful One has bestowed upon humanity. It exists in everyone as a seed. This seed germinates under favorable circumstances and, growing like a tree, blossoms into a flower, and finally ripens, like a fruit, to unite the beginning with the end. 

yes! saya dah ada jawapan...itulah dia.. (dan tiba2 saya bertukar mood jiwang ke??)
secara jujurnya, saya masih lagi dalam keadaan terkujat... (terkejut lah tu maksudnya cuma lebih extreme dari terkejut rasanya..hihi)

oopppss!! tutup sikit mulut tu..kurang sopanlah..hihhi

secara perlahan saya menerima kehadiran kamu dalam hidup saya..insyaallah..mungkin mengambil masa, namun saya harap kamu sabar menunggu saat itu yang pernah saya katakan pada kamu...
mungkin penerimaan saya pada kamu bukanlah seperti yang kamu harapkan...

tetapi....saya amat berharap kamu dapat memberi saya peluang untuk lebih mengenali diri kamu sebelum kita melangkah ke tahap yang seterusnya...(mungkin dalam sikit masa lagi...insyaallah..)

sebab...my love only available after aqad..insyaallah.. (hahah..serious tersangat malu! nak tutup muke dengan tudung saji rasanya!)





p/S : jangan lupa kamu untuk baca entry seterusnya..hehe ^__^

salam mahabbah...
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥









Saturday, 9 June 2012

UNTUK KAMU (✿◠‿◠) ♥





21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Originally by : Syabab Musafir Kasih

Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?
Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.




p/S : saya bukanlah sempurna untuk mendapatkan yang sempurna..tetapi saya akan cuba untuk menjadi yeng terbaik..dan harapan saya anda juga begitu...insyaallah  ^__^


مرحبا بكم في الحب  
    ♥    ♥ ♥ 

Tuesday, 5 June 2012

hari demam saya dan saya suka! +___+"


muka demam saya..beginilah.. >.<"

saya demam hari ini...tak dapat pergi kerja...kesiannya saya...
baiklah..saya mengaku..saya memang selalu sakit..mungkin antibodi saya lemah.. :(
setiap bulan mesti ada hari saya akan cuti sakit... (tak pernah dapat kerja penuh sebulan..kononnya bulan ni berazam tak nak ada cuti.. >.<" )

tetapi! (cheer up dear! *talking to myself ^^ )

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

dan..saya suka itu..janji ALLAH SWT...
positifkan minda..jangan buruk sangka atas segala kesakitan dan kesusahan yang menimpa diri.. (sebenarnya nak pujuk hati sendiri ni,.. ^__^ )


juga terima kasih tak terhingga pada pembeli ubat semalam.. ^__^



panadol.. sebenarnya saya tak makan pun ubat ni walau dipaksa petang semalam..hehehe
saya mmang liat nak makan ubat ye..dan sebab itulah saya tak suka ke klinik atau hospital... (dan takut jarum juga..nanti kena injection..sangat sakit... *__*" )



oleh sebab saya kerap kali sakit jadi.....tengoklah dalam beg saya tu....



kiri sekali: vit. B complex yg sebiji je saya makan....bau dia busuk.. *__*
seterusnya ialah panadol..makan 2 biji je..hehe..sebab nak tidur semalam..
yang belakang tu folic acid..pun sebiji je saya makan ..
dan dalam botol tu mesti ada..balsem..tu saya suka..hehe



jadi..memang ternyata saya tak suka makan ubat..hehehe...
mesti ada yang pelik kenapa saya perlu ambil folic acid dgn vitamin B complex tu.. (bukan2..saya tak mengandung ye..harap maklum... ^__^ *masa ambik ubat hari tu kakak pharmacist tanya, saya pregnant ke?? tersentak seketika >.<" )


p/S : kalau anda bijak mesti tahu kenapa saya perlu ambil dua jenis ubat tu..heheh ^__^

akhir kata dan "secebis nasihat dari teman yang amat mengambil berat tentang diri anda," (saya ambil ayat anda ye... >.< )
jaga kesihatan..kerana, kesihatan kita tak kan dapat dibeli dengan wang ringgit...dan apabila ditimpa kesakitan, ingatlah ALLAH sentiasa bersama kita samada susah atau senang.. (tapi bukan ingat DIA masa sakit je tau! )
jangan sesekali meragui tentang-NYA kerana,


“  APABILA HAMBAKU BERTANYA TENTANG KU, MAKA ( JAWABLAH ) BAHWASENYA AKU ADALAH DEKAT, AKU MEMPERKENAN ORANG YANG BERDOA.”
(  Q. AL BAQARAH 186)



wallahua'lam...

salam mahabbah.. ^___^


Sunday, 3 June 2012

saya jumpa dia..... ♥♥♥


this is my double n trouble happy face..
u guys..better show ur tooth like me..
hehe


kenapa ni...saya senyum lebar sampai nampak semua barisan gigi yang putih berseri tu??? 
yes! sebab semalam saya jumpa dengan kawan lama saya.. ^__^ 
lapan tahun dah tak jumpa.. (padahal duduk dalam satu daerah je.. )
seriously....sangat2 rindu...no doubt with it... >.<

macam tak percaya bila jumpa balik masing2 dah besar ye.. (perasan kecik lagi la tuu..hehe )
paling best, sampai sekarang saya tak lupa nama penuh dia...sebab..nama dia lah yang paling panjang dalam kelas dulu.. Siti Norhamizah Nabila Bt Norzahid  ... hah.. panjang tak?? (penat bakal suami kamu  nak lafaz masa nikah nanti nabila..heww..heww.. gurau je... >.< )

from left --> diera, nabila, me a.k.a cik  mahabbah & nana..
our happy face together after fuel up our stomach at Pizza Hut


tak lupa jugak... credit to Raihana Sukimin a.k.a Nana for accompanying me... thanx sayang..hehe (Nana pun kenal Nabila..kawan skola rendah kami kan...hehe )


dan...harapan saya...lepas ni kami akan berjumpa lagi..bukan kami bertiga sahaja..tapi lebih ramai lagi..insyaallah..rindu sangat dengan mereka semua... +__+'

terima kasih sudi singgah.. ^__^

salam mahabbah rindu..


Saturday, 2 June 2012

cubaan pertama saya.. ^__^

ALHAMDULILLAH...

sampai juga kita menjejakkan kaki ke bulan June dan secara tak langsung kita juga sedang menelusuri bulan Rejab bulan Allah s.w.t yang mulia..
saya nak cerita tentang minggu lepas... (alaa..pasal minggu lepas pun nak cerita..dah lapuk laaaa..heww.heww)
tapi tak kisah...saya nak cerita jugak...sebab ni kan teratak saya..hehehe (macam gila kuasa jee... >.<")
maaf yee...heehe
minggu lepas sibuk sangat..tak tahulah sibuk dengan apa ye..tapi boleh diklasifikasikan sebagai sibuk jugakla..hehe.. (banyak pula bebel kan... >.< )

ok...ok...jomlahh...


agak2 kuih apa ni?? sape dapat teka dia pandai... ^__^

huhuhu...inilah antara aktiviti yang saya buat setelah sibuk menjenguk ke blog2 orang..hehe..inilah hasilnya....
APAM POLKADOT... ^__^
inilah dia cubaan pertama saya..alhamdulillah..menjadi..tetapi adalah juga kekurangannya .. >.<"
tapi...tak apa... selagi kita tak cuba kita tak tahu kemampuan kita kan??? dan kita pun tak dapat nak perbaiki kekurangannya...jadi...cuba jangan tak cuba..hehe...saya bawak apam ni ke tempat kerja.. (sebab dah janji dgn org tu nak bawakkan... >.< )
dialah yang jadi pengkritiknya...
antara kritikan dia ialah.... (konon2 dia tu juara master chef laa kan.. >.<" hehe.. *habislaa kalau dia baca ni..)

----> terlalu manis katanya... -___-"

----> too wet & sticky..+__+" (sebab filling dia cair sangat...)

dan yang terakhir...........

----------------> (arrow ni panjang sikit) KENAPA BAGI SIKIT SANGAT??? huhuhu...

soo....kesimpulannya...tak adalah teruk sangat kan rasanya...hehhe

p/s : pada insan pengkritik tu, terima kasih atas komen anda dan nanti saya akan cuba lagi yee...insyaallah... ^__^

terima kasih sudi baca...

salam mahabbah.. ^__^