mereka yang gorgeous


Monday 3 December 2012

air berasal dari dalam tanah ^__^

assalamualaikum dan selamat sejahtera...


eheemm...formal kan ayat kat atas tu..hehhe..mlam ni tak nak lah membebel panjang panjang kan...sebab dah penat...tunggu bas kat fakulti kesayangan tadi lebih dari satu jam..nak balik kolej...migrain tahap lapan! *uhh?? ada ke?

tu lah..kalau ada kenderaan sendiri macam bahagia je..tak payah nak tunggu bas lama lama...korang setuju tak?? hihihi...alaa...at least motor pun da kire bahagia kot kalau dapat..hahah..korang, korang dan korang semua kena lah belas kasihan sikit kat saya ni..(buat muka comel arnab) penat tau tunggu bas lama lama..tapi, membebel kat sini pun tak jalan jugak..sebab tak ada lesen motor..harap maklum dan jangan nak berangan..hahha :p  *saje nak provokasi

ok..tadi kata tak nak membebel, tapi dah dua perenggan masuk yang ketiga dah ni...hahha...oleh sebab, saya kepenatan sperti yang diceritakan di atas, saya cuma rajin rajin sikit je bermesra dengan uncle Google ni..hehe... jumpe jugak lah sesuatu menarik untuk dikongsikan... jom baca!



  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas


Sifat anak berunsur tanah
  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin
  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat tanah sesuai dengan sifat angin kerana tanah tidak banyak dipengaruhi 
oleh angin. Walaupun sekuat mana angin, tanah tetap teguh.

Air sangat sesuai dengan api. 
Sifat api yang panas membara dapat dipadamkan dengan air. 
Tetapi kadang2 api juga mampu memanaskan dan mempengaruhi air

Angin tidak sesuai dengan api, kedua2 unsur ini pasti akan banyak menemui 
masalah dalam perhubungan kerana sifat kedua2nya yang keras hati dan tak nak mengalah. 
Angin akan sentiasa memarakkan api

Tanah juga sangat sesuai dengan api kerana api mampu dipadam oleh tanah. 
Tetapi api juga mampu membakar tanah

Tanah dan air adalah pasangan yang secocok. 
Masing2 sama memerlukan antara satu sama lain

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


terima kasih atas ihsan diberi..look!! air dan tanah.. :p



sooo....dah baca kan?? jadi, korang punye yang mane?? hehhe  

p/S : sukasuki je tau! jangan taksub sangat *pesanan penaja
saya dapat dari sini!

---->  *sooo...ape komen ANDA?? hihihihiiii... saya macam suka je..tapi, kenyataan yang pertama tu macam menimbulkan persoalan pulak?? huhu :p
salam mahabbah <3 <3 <3

2 comments:

  1. haha macam betul macam tak. pembawakan diri masing2 jugak kan :)

    ReplyDelete
  2. hahaa..betul tu ain..kite pun setuju...tak semua yang tercatat tu perwatakan diri masing2..n tak semestinya perlu percaya kan...huhu..juz for fun.. ^_^
    *tapi kalau kecomelan saya memang tak bole disangkal lagi...huhuhu (perasan)

    ReplyDelete